CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Didera, Lelaki Nekad Palsukan Kematian Untuk Lari Dari Isteri

5-1-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2463| Komen: 10

Sanggup memalsukan kematian sendiri. Itu tindakan nekad seorang lelaki di Bihar, India bagi melepaskan diri daripada seksaan isterinya akibat masalah rumah tangga dan kewangan dialami mereka.


Gambar hiasan

Pradeep Kumar Ram, 37, dari Kaimur dilaporkan hilang menjelang tahun baru dan percikan darah ditemui di katil serta lantai bilik tidurnya.

Isterinya, Kumari Pratibha, 33, membuat laporan polis atas 'pembunuhan' suaminya itu.

Susulan kejadian, polis mulakan siasatan dan misi mencari mayat lelaki itu.

Pihak berkuasa kemudian berjaya menjejaki lelaki itu di Ghazipur, Uttar Pradesh, pada 31 Disember lalu.

Pegawai kanan Balai Polis Dugawati, Virendra Kumar berkata, hasil siasatan mendapati mangsa alami tekanan akibat didera dan dimarahi isteri sebelum merancang 'kematian'.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missmarvolo 5-1-2021 02:54 PM
Kesian. Diorang ni tak boleh divorce eh?
Quote nefnefnef 5-1-2021 03:29 PM
Bukan kaleng-kaleng style dera
Quote batu kikir 5-1-2021 06:02 PM
Kenapa aku rasa kesian sangat kepada si somi ni?  Dan benci pada isteri puaka dia.
Quote Redmyvi 5-1-2021 06:12 PM
undang2 india suami takleh cerai isteri ka?
Quote chinta89 5-1-2021 07:03 PM
X pyh kesian sgt.. Kat sana jantan diorg byk jgk buat aniaya kat bini
Quote FOTHER-MUCKER 5-1-2021 07:21 PM
Ramai sebenarnya suami didera isteri ni tetapi malu nak buat report!
Quote angelofish 5-1-2021 07:32 PM
bini kasta tinggi kot
Quote CiliPadiSedap 5-1-2021 10:21 PM
angelofish: bini kasta tinggi kot

Suami kasta boba bubble tea bini kasta beriani gam .
Quote Megikari 6-1-2021 02:12 AM
Kat malaysia ni pun ramai je laki yg kena dera mental fizikal dgn bini
Quote kiah78 23-3-2021 01:32 PM
Selalu kat india baca berita isteri kena dera. Nie terbalik pulak. Mmng tabik springlah kat bini. Kesian laki dia. Mau tak kawin2 lagi ampai mati. Phobia

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.186362 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top