Dulu bukan main katanya bercinta, sekarang Aniq Suhair dah tak nak langsung dikaitkan denagn Cik B. Aniq kata dia berharap agar mereka berdua tidak diakitkan dengan apa sahaja tanggapan walaupun masih berkawan rapat dengan anak Datuk Seri Vida itu.
"Sekarang dah tahun baharu 2021 pun, jadi kiranya cerita saya dengan Cik B itu, dah boleh tutuplah. 'No more' Cik B lagi. "Saya ketika ini, nak tumpu pada kerjaya seni sahaja kerana jadual berlakon pun padat sangat. Masa berehat saya, hanya sehari dan selebihnya bekerja.
"Jadi pasal perempuan ke, bercinta, saya nak ketepikan dahulu. Saya taknak serabutkan kepala nak fikir banyak benda, selain fokus pada kerja sahaja," katanya kepada Harian Metro. Sebelum ini Aniq dan Cik B jadi perhatian selepas bergandingan bersama dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Mereka memang kelihatan mesra kerana saling berbalas komen di media sisal.
Tambah Aniq lagi dia tak berniat untuk cuba mengaitkan namanya dengan kisah percintaan. "Saya dan Cik B, kami memang tak bercinta pun. Hanya berkawan baik dan rapat sahaja. Lagi pun, Cik B masih bersekolah, umur 15 tahun dan takkanlah saya nak bercinta dengannya.
"Dia gadis di bawah umur kot. Cukup-cukuplah dengan dakwaan negatif yang dilemparkan kepada saya selepas kisah dengan Cik B itu hangat. Bagi saya, kami hanya berurusan atas dasar kerja sahaja." Aniq juga bersyukur kelab peminatnya memberi sokongan padu dan tak mudah percaya dengan kisah sensasi yang mengaitkan namanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|