CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demand Pembedahan Plastik Meningkat -Walau Pandemik, Rakyat Korea Selatan Tetap Nak Cantik

6-1-2021 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6422| Komen: 52

Seoul: Permintaan melakukan pembedahan plastik dalam kalangan rakyat Korea Selatan tetap meningkat walaupun ketika pandemik Covid-19 belum reda.

Ia difahamkan kerana mereka mahu tampil dengan wajah menarik sebelum pandemik berakhir.

The Korea Times melaporkan seorang yang pernah menjalankan prosedur itu adalah Ryu Han-na iaitu penuntut universiti berusia 20 tahun.

Difahamkan, Ryu melakukan pembedahan pada hidung pada pertengahan bulan lalu.

Ryu melakukannya dengan alasan mahu mencantikkan wajahnya sebelum orang ramai tidak lagi memakai pelitup muka berikutan penemuan vaksin.


Foto: AFP

Ryu yang mengikuti kursus pengajian dalam talian sepanjang tahun lalu mengatakan, kemampuan untuk sembuh di rumah dan memakai topeng di khalayak ramai tanpa menarik perhatian adalah faktor mempengaruhinya melakukan pembedahan.

"Saya sudah lama mahu melakukan pembedahan hidung dan ini waktu terbaik sebelum orang ramai tidak lagi memakai pelitup muka kerana vaksin ditemui.

"Akan ada lebam dan bengkak pada wajah, tetapi pemakaian pelitup muka membantu menyembunyikannya," katanya yang membelanjakan 4.4 juta won (kira-kira RM16,191) bagi menjalankan pembedahan plastik.

Pakar bedah plastik di Klinik WooAlhn, Park Cheol-woo berkata, pesakit cenderung melakukan pembedahan pada semua bahagian wajah yang boleh disembunyikan dengan mudah di sebalik pelitup muka seperti hidung dan bibir serta sebaliknya kerana menganggap ia kecantikan era Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 6-1-2021 10:37 AM
mak aih..muka asal org korea ni bukan lawa pun..jenis muka petak..pelik aku kpoopers ni berkiblatkan K-Beauty padahal sume tu under surgery kot..
Quote Scheherazade 6-1-2021 10:58 AM
Superficial betul la
Quote Artemesiaa 6-1-2021 11:04 AM
Nak macam mana dah budaya kecantikan ciri utama untuk dapat pekerjaan dan berjaya.
Quote dua_chzy 6-1-2021 11:07 AM
Kakak ghasa yang belah kiri itu dah cukup cantik. Belah kanan muka anime.
Quote Belibis 6-1-2021 11:09 AM
mamajawie: mak aih..muka asal org korea ni bukan lawa pun..jenis muka petak..pelik aku kpoopers ni berkiblatkan K-Beauty padahal sume tu under surgery kot..

Sebab petak tak lawa lah dia orang sanggup berhabis duit.nak nampak runcing dan tirus.walhal cantik tapi sepesen jer.laki atau pompuan muka sama.
Quote tumpanglalu74 6-1-2021 11:15 AM
[youtube]TUZr7S483fY[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=TUZr7S483fY

Quote djzara81 6-1-2021 11:15 AM
Kesian kt anak2 org korea, mak pak muka alter, anak tetaplah hidung pesek, sepet , muka petak. Tapi yg bagusnya kulit depa smooth & cantik. Org kata sbb kuat mkn sup khinzir.
Cer tgk anak Krisdayanti time kecik. Bila dia bergambar dgn KD, alahai,,,speechless.
Quote mamajawie 6-1-2021 11:43 AM
Belibis replied at 6-1-2021 11:09 AM
Sebab petak tak lawa lah dia orang sanggup berhabis duit.nak nampak runcing dan tirus.walhal canti ...

dah doktor sama so acuan pun sama la chuollss..heheheh

Quote famri7 6-1-2021 11:49 AM
Dkt pertiwi dkt mana boleh reduce bibir..kalau bawah 20k mcm nk buat jah
Quote mamajawie 6-1-2021 11:53 AM
tapi muka dorang ni jenis rahang pelik..cm penyakit golongan bangsawan kokosen yang amalkan kahwin sesama sendiri untuk jaga nasab dorang gittuhh..

image.png

image.png

lawa x deme2 ni?tetiba teringin lak nk ke korea buat plastik surgery gittuhhh..

image.png
habsburg jaw disebabkan perkahwinan sesama keluarga (incest) dlm english royal..ke dedulu ummah korea selatan ni memang amalkan perkahwinan sesama keluarga?


Quote sapeka 6-1-2021 12:29 PM
Kesian orang korea selatan
Quote syaz_lina 6-1-2021 12:40 PM
Takpe la..at least lockdown dapat belek muka cantik, bini cantek. Shallow tak haha
Quote tikusmontok 6-1-2021 01:32 PM
sapeka replied at 6-1-2021 12:29 PM
Kesian orang korea selatan

kannn org korea utara muka petak ke, simetri ke takda siapa yg tau.
Quote wikedsaikel 6-1-2021 01:44 PM
djzara81 replied at 6-1-2021 11:15 AM
Kesian kt anak2 org korea, mak pak muka alter, anak tetaplah hidung pesek, sepet , muka petak. Tapi  ...

Kannnn. Kalau filem/drama tu tunjuk scene masa kecik sampai besar, lain sungguh rupa hidong. Macam tak logik. Pelakon cilok korea tak ada yg bukan hidung besar dan pesek ke?
Quote wikedsaikel 6-1-2021 01:45 PM
Yg buat muka ni nanti kena maintain berapa tahun sekali ek. Ke sekali buat lepas tahan sampai 40 tahun
Quote sekngucing 6-1-2021 01:46 PM
Belibis replied at 6-1-2021 11:09 AM
Sebab petak tak lawa lah dia orang sanggup berhabis duit.nak nampak runcing dan tirus.walhal canti ...

Defini kecantikan bg korea ni sepesen je terutama wanita...hahah
Quote rosmahisham 6-1-2021 02:34 PM
Muka derang tebal2 dan kembang setaman kan..mata sepet..hidung penyek..mana x buat ps.
Quote shernazz 6-1-2021 02:38 PM
mamajawie replied at 6-1-2021 10:37 AM
mak aih..muka asal org korea ni bukan lawa pun..jenis muka petak..pelik aku kpoopers ni berkiblatkan ...

Beauty is pain gituuu
Laki iols cakap park shin hye tu cung
Tak.mcm.pompuan.korea lain..muka.bebudak
Hahahaha
.padahal....under knife.jugakkk
Quote me12345 6-1-2021 03:45 PM
Murah sgt ke kos operation kt korea..

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.110511 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top