CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selamba! - Kedai Banjir Tetap Tebar Roti Canai

6-1-2021 12:47 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3888| Komen: 16|Original author: Oleh: Natrahn


Ni baru roti banjir!

Walaupun banjir melanda, sebuah premis perniagaan yang tidak dinyatakan tempatnya tetap beroperasi seperti biasa. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai MighaPiljah di laman Twitternya.


Pelanggan juga duduk di bangku sambil merendam kaki di dalam air yang mengalir laju seolah-olah tiada apa berlaku, sekali gus memberi suatu suasana yang menarik.

Kelihatan jua beberapa orang rider penghantar makanan sedang menunggu di luar kedai.

Video ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya.

Kesiannya...


Kalau ada yang order teh ais senang takyah bancuh



Tak bersih langsung!!



Kredit foto: Twitter MighaPiljah

Musim hujan/banjir memang buat kita cepat rasa lapar.  Orang ramai mengalami kesukaran untuk memasak di rumah dalam situasi banjir ketika ini dan ini mungkin merupakan salah satu faktor kedai makan dibuka seperti biasa.

Malah laporan akhbar turut menyatakan beberapa jenis perniagaan lain tetap beroperasi seperti biasa demi memenuhi keperluan orang ramai.

Walaubagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)banjir yang berlaku akan menyebabkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air dan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti berikut:

A. Penyakit Bawaan Air dan Makanan

Penyakit bawaan air dan makanan kerap berlaku semasa dan selepas kejadian banjir adalah seperti Demam Kepialu (Typhoid), Taun/Kolera, Hepatitis A, Disentri dan keracunan makanan. 

B. Penyakit Leptospirosis

Penyakit Leptospirosis adalah disebabkan oleh bakteria Leptospira yang terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing, lembu dan sebagainya. 

C. Penyakit Konjunktivitis (Sakit Mata)

Konjunktivitis atau Sakit Mata juga merupakan penyakit yang kerap terjadi semasa banjir. Penyakit ini mudah merebak dengan cepat dari seorang pesakit kepada orang lain melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta bergaul rapat dengan orang yang sakit mata. 

D. Demam Denggi

Selepas banjir surut, banyak kawasan-kawasan yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

Oleh itu, semasa banjir, sentiasa patuhi arahan daripada pihak berkuasa dan jagalah kesihatan serta dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 6-1-2021 12:59 PM
Diorg dah biasa kot.. tiap2 tahun banjir.. antibodi dah biasa dgn makanan mcm tu..
Kalau kita yg xde pengalaman maybe cirit birit..
Quote Artemesiaa 6-1-2021 12:59 PM
Kehidupan harus diteruskan kalau keadaan tak membahayakan pasti mereka akan terus berniaga.  Yang meniaga macam ni gaji hari tak ada kerja hari tu pasti tak ada gaji.  Tak ada gaji macam mana nak tanggung anak bini.
Quote KIM.K 6-1-2021 01:54 PM
Pelecup pelecap kaki waiter gi sana ke mari
Quote nanies 6-1-2021 02:11 PM
jaga kebersihan. tak yakin, jgn makan. simple
Quote shernazz 6-1-2021 03:04 PM
Cantiknya kaler pink yang dicover twit handle tu
Quote fishflake 6-1-2021 03:34 PM
Ni baru betul2...roti banjir....{:smile
Quote EvieWanKenobi 6-1-2021 03:44 PM
dah tentu la pakaian tu tercemar..
Quote umbut 6-1-2021 03:47 PM
Kotorlahhhhh
Quote Cintakapuri 6-1-2021 04:31 PM
shernazz replied at 6-1-2021 03:04 PM
Cantiknya kaler pink yang dicover twit handle tu

Tingat strawberry milkshake pulak....adoiiiiii
Quote Ninjanunu 6-1-2021 07:58 PM
Life goes on..
Quote Youareyou788 6-1-2021 11:03 PM
Macamna nak tokey kedai nak pastikan makanan selamat dimakan dalam keadaan banjir
Quote sinichisenpai 6-1-2021 11:21 PM
Memang kotor sebenarnya tp diaorang mesti terpaksa buat camtu. Nak mkn beli, tak nak makan takyah caci. Semoga dimurahkan rezeki semua nya terutama mangsa banjir
Quote anony-mous 7-1-2021 09:12 AM
Lps tu smua kena current
Quote CikYaYaYa 7-1-2021 10:25 AM
Biasanya yg tetp bukak kedaii time banjir ni sbb dh to je sumber pndpatn dye. Xbukak xdpt duit. xde duit ank bini nk mkn apa pulak kan... Bnjir pulak kdg2 kejap kdg2 sminggu pon xpulih lgi. Nk x nk hidup kne teruskn jgk.. Semoga semua baik2 jelaa..
Quote CikYaYaYa 7-1-2021 10:25 AM
Biasanya yg tetp bukak kedaii time banjir ni sbb dh to je sumber pndpatn dye. Xbukak xdpt duit. xde duit ank bini nk mkn apa pulak kan... Bnjir pulak kdg2 kejap kdg2 sminggu pon xpulih lgi. Nk x nk hidup kne teruskn jgk.. Semoga semua baik2 jelaa..
Quote shernazz 7-1-2021 08:06 PM
Cintakapuri replied at 6-1-2021 04:31 PM
Tingat strawberry milkshake pulak....adoiiiiii

Khen
Dapnye...hahaha

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037792 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top