Perempuan pantang sekiranya melawati sesuatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik, indah dan sesuai untuk dijadikan tempat OOTD dengan berpakaian biasa-biasa. Kebiasaannya golongan sebegini akan gigih untuk bersiap dengan pakaian atau penampilan yang cantik, kemas dan rapi. Namun perkara yang kurang disukai apabila berselisih atau terserempak dengan individu yang juga berpakaian atau berpenampilan serupa ketika berada di tempat awam. Jika warna tudung sahaja mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka. Tetapi ia menjadi masalah sekiranya individu tersebut berpakaian serupa atau ‘sebijik’ dengan diri mereka. Tidak dapat disangka-sangka, gadis ini melalui suatu detik yang menghiburkan ketika sibuk mengambil gambar OOTD.
Rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya menunjukkan gadis tersebut terserempak individu yang turut mengenakan pakaian yang serupa dengan dirinya dari tudung hingga ke seluar. Tanpa segan silu, individu terbabit mengaturkan langkah bahkan mengabaikan apa yang terjadi. Gadis yang mengetahui hal itu hanya mampu menahan ketawa sambil menyorokkan diri daripada dilihat oleh individu tersebut. Melihat ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang serupa. Malah, segelintir beranggapan ianya adalah suatu kebetulan yang menghiburkan. VIDEO DIBAWAH : Sumber: aisyahfitria987 (tiktok)/SiakapKeli
|
Kurex replied at 7-1-2021 01:43 AM
Pahal aku tak boleh tgk bideo?
Cumikucingku: Nape la pakai baju kemeja masuk dlm seluar putih mcm tu?Klu seluar kaler gelap ok lg ... Nak ootd pun... tengok la cermin dulu...
ADVERTISEMENT