CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banjir Di Pahang, Zetty Rashid Dan Nemo (Cherpen Band) Tunda Majlis Resepsi

7-1-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3879| Komen: 15

Hanya tinggal beberapa hari, penyanyi Zetty Rashid terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis resepsi yang sepatutnya diadakan pada Sabtu di Jengka, Pahang.

Akui berasa sedih namun keputusan itu dibuat kerana enggan mengambil risiko susulan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Lancang ditutup akibat limpahan air disebabkan hujan lebat berterusan.

Zetty bagaimanapun tetap akan meneruskan majlis pernikahannya dengan vokalis kumpulan Cherpen Band iaitu Nemo di Pejabat Agama Islam Jengka, Pahang pada Jumaat.



"Sepatutnya majlis persandingan kami pada Sabtu ini tapi melihat keadaan cuaca yang tidak menentu, kami tak ambil risiko dan memilih untuk tunda majlis itu.

"Insya-Allah untuk majlis pernikahan pula, tetap akan berjalan seperti yang dirancang iaitu pada Jumaat di pejabat agama. Asalkan perkara wajib dapat dilaksanakan.

"Sedih memang sedih sebab semuanya sudah dirancang dan hanya tinggal beberapa hari sahaja. Tapi dengan keadaan laluan di LPT naik air, saya tak nak la ambil risiko.

"Takut nanti kawan-kawan yang datang dari jauh, terkandas pula tak dapat balik disebabkan majlis saya," kata Zetty kepada mStar.

Penyanyi berusia 26 tahun itu sepatutnya melangsungkan majlis persandingan di Wisma Peneroka, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada Sabtu ini.

Anak didik penyanyi Lan Typewriter dalam program Mentor Milenia 2016 ini dan Nemo mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2018.



Dalam pada itu, bekas rookie program Vokal Mania ini memberitahu dia dan keluarganya merancang untuk mengadakan majlis tersebut sekitar Februari depan.

"Insya-Allah dalam perancangan kami akan mengadakan majlis resepsi itu sekitar Februari. Alhamdulillah, nasib baik pihak dewan tak ada masalah untuk saya tunda tarikh.

"Mula-mula saya terfikir juga nak buat di KL sebab ramai kawan di sana. Tapi bila difikirkan semula, kesian pula keluarga di kampung nak pergi ke sana nanti

"Apa-apa pun, saya harap semua boleh mendoakan majlis pernikahan saya dan Nemo berjalan dengan lancar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 7-1-2021 10:30 AM
Who r yussss sgt. Bila bc ohhhh adik kpd bla bla bla baru la tahu
Quote mieymiey 7-1-2021 11:02 AM
Dedua iols tak kenal.
Quote Kurex 7-1-2021 11:06 AM
Kau siapaaaaaaa
Quote epuepy 7-1-2021 02:49 PM
Baca tajuk haram x kenal Dua2. Nasib la tt tepek gamba adik abg.
Quote bendera 7-1-2021 02:51 PM
sapa ni? retis kah ? neno ka nemo tu pun aku tak kenai
Quote Redmyvi 7-1-2021 06:23 PM
siyes tak kenal dua2.. papepn taniah la.. kawen musim covid pakej dgn banjir.. huhu
Quote apedehal 7-1-2021 08:47 PM
Omaigoddd...sape niiii..hahha
Quote Joysparta 7-1-2021 08:49 PM
Sape ni..zetty aziz kenal la...
Quote MarryPottet 8-1-2021 12:40 PM
chinta89 replied at 7-1-2021 10:30 AM
Who r yussss sgt. Bila bc ohhhh adik kpd bla bla bla baru la tahu

Siapa abang dia?
Kemahen lagi kaler rambut minah felda ni
sama dengan kaler koperat felda
Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 01:49 PM
sapa??? tak pernah dengau nama..
Quote Acikgomen 8-1-2021 05:50 PM
Kenape ko letak nama bapak ko rashid dekkkkkk
Lain kali boh la nama bunyik2 mcm omputeh sket
Ko tgk farah mendoza tuh, selamba jek fefeling gadis genit latino
Tak belakon pun takpe, janji nama komersyel konpemmmm tekenal
Quote chinta89 9-1-2021 01:43 AM
MarryPottet replied at 8-1-2021 12:40 PM
Siapa abang dia?
Kemahen lagi kaler rambut minah felda ni
sama dengan kaler koperat felda

Hamboi chuols x baca hbs ek artikel di atas
Quote MarryPottet 9-1-2021 03:03 PM
chinta89 replied at 9-1-2021 01:43 AM
Hamboi chuols x baca hbs ek artikel di atas

2 kali khatam dekkk
Abang dia femes ke? Atau sendu bin whoareyuss macam dua jugekkk?
Quote chinta89 9-1-2021 09:03 PM
MarryPottet replied at 9-1-2021 03:03 PM
2 kali khatam dekkk
Abang dia femes ke? Atau sendu bin whoareyuss macam dua jugekkk?

Mata iols yg silap tgk.. Anak didik
Bukan adik kpd sekian sekian insan.

Ampunkan meols
Quote dudaberhias 9-1-2021 09:05 PM
MarryPottet replied at 8-1-2021 12:40 PM
Siapa abang dia?
Kemahen lagi kaler rambut minah felda ni
sama dengan kaler koperat felda

untuk resepsi nanti matching dengan dewan felda hot spring... agittew kaka

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.205538 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top