Prihatin dengan nasib mangsa banjir di beberapa negeri, ramai selebriti mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.
Salah seorang selebriti yang turut melakukan inisiatif itu ialah penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan. Selain sumbangan makanan dan minuman, Shahira atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia juga memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam baharu untuk mereka yang memerlukan. "Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni... ke banyak size XL ke atas, L faham sangat!
"Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana? "Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah... tapi ini sangat penting!" katanya menerusi laman Instagram.
|
sarah82 replied at 7-1-2021 01:48 PM
Aku dah pi komen kat ig dia.. Kata mana boleh cari pakai dalam murah.
Suchi replied at 7-1-2021 03:14 PM
Kat mana uols, online ke? Ingat nak bagi kat rumah2 pelindungan gadis2 terlanjur tu penah baca dul ...
ADVERTISEMENT