CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Facebook, Instagram Ikut Langkah Twitter Sekat Trump

7-1-2021 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2439| Komen: 6

Facebook dan Instagram mengikuti langkah Twitter menyekat akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu kerana retorik melampau selepas penyokongnya menyerbu bangunan Capitol, lapor Agensi Berita Anadolu.


Bermula dengan Twitter, yang memberi amaran sekatan selama 12 jam yang dikenakan sebelum ini akan dilanjutkan sekiranya Trump gagal memadam ciapan yang melanggar polisi syarikat itu, dan boleh menyebabkan akaunnya ditutup.



"Ekoran situasi kekacauan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan berterusan di Washington DC, kami telah meminta tiga Tweet @realDonaldTrump yang disiarkan awal hari ini dipadamkan kerana melanggar peraturan terhadap dasar Integriti Sivik kami," kata syarikat media sosial itu di laman webnya.

Twitter sebelum ini menyekat tiga ciapan Trump termasuk video yang dimuat naik beliau mengulangi dakwaannya pilihan raya presiden "dicuri dari kami" dan menggesa penyokongnya pulang. 


Ciapan kedua Trump mempertahankan apa yang dilakukan penyokongnya.

Facebook dan YouTube juga memadam video tersebut. Facebook dan anak syarikatnya, Instagram pula menyekat akaun Trump selama 24 jam.

"Kami mengesan dua pelanggaran polisi di laman akaun Presiden Trump yang menyebabkan ia disekat selama 24 jam, bermaksud beliau tidak boleh memuat naik sebarang hantaran di platform media sosial itu sepanjang tempoh tersebut,” kata Facebook dalam satu kenyataan.

Trump dan sekutu politiknya berbulan-bulan mendakwa kekalahan kepada Demokrat Joe Biden pada pilihan raya baru-baru ini disebabkan penipuan, mencetus kemarahan dalam kalangan penyokongnya, teori konspirasi itu beberapa kali ditolak di mahkamah.

Jabatan Kehakiman juga tidak menemukan bukti untuk menyokong dakwaannya mengenai wujudnya penipuan pengundian.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 7-1-2021 09:29 PM
wawww klu betul parti biden tak tipu undian pergi je la court kenapa nk main block2 semua social media trump plak
Quote AbukRokok 7-1-2021 09:33 PM
bila seluruh dunia dan sistem menentang anda..adakah itu bermakna anda dipihak yg salah?
Quote star_karat 7-1-2021 09:37 PM
Capitol sampai kena serbu pecah. Ni dah mcm lawless state. Mcm movie pulak.
Quote sarah82 7-1-2021 09:53 PM
Mujur aku stok byk makanan
Quote sarah82 7-1-2021 10:00 PM
AbukRokok replied at 7-1-2021 09:33 PM
bila seluruh dunia dan sistem menentang anda..adakah itu bermakna anda dipihak yg salah?

Ataupun Abu.. Dia berada dipihak yg betul? Erkkkk..
Quote Addrianna 7-1-2021 11:59 PM
{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034383 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top