Penduduk setempat di Sungai Alas, Aceh Tenggara, gempar dengan penemuan butiran emas yang tiba-tiba muncul di sungai tersebut. Menerusi laporan media tempatan, Tribun News, orang ramai yang teruja berpusu-pusu bersama keluarga datang dengan membawa kuali dan dulang untuk mencari emas di sungai berkenaan dengan cara tradisional. Hasil pencarian, mereka boleh memperolehi keuntungan kira-kira satu juta rupiah (RM288), nilai yang dianggap lumayan di tengah-tengah kesulitan ekonomi akibat wabak Covid-19. Menurut seorang penduduk di Lawe Penanggalan, Junada, berita mengenai butiran emas itu telah tersebar sejak minggu lalu. Dia yang turut terlibat dalam pencarian emas, telah mendulang selama empat hari tetapi hasil yang diperolehi sudah cukup bagi menambah pendapatan.
“Selama empat hari ini kita boleh mendapatkan Rp 4 juta (RM1,152)” kata Junada. Sementara itu, penduduk lain ada yang mendapat jumlah yang kurang daripada itu,bergantung kepada jumlah butir emas yang berjaya ditemui. “Kami menjual bijih emas kepada pembuat emas di Pasar Pagi Kuta Cane,” tambah penduduk. Anggota Suruhanjaya DPRA II, Yahdi Hasan, mengesahkan perkara itu kerana kawasan tersebut memang berpotensi memiliki kandungan emas. Saat ini ada ratusan orang yang berpusu-pusu mencari emas di Sungai Alas, Desa Lawe Penanggalan. ”Daerah desa Lawe Penanggalan, memang memiliki kandungan emas yang berpotensi,” katanya. Tetapi untuk memastikannya lagi, pihaknya perlu melakukan kajian atau penyelidikan dengan kerjasama Perkhidmatan Tenaga dan Sumber Mineral Aceh (ESDM). Tambah beliau, orang ramai dibenarkan mendulang emas di kawasan berkenaan tetapi pihak berwajib harus melakukan pemantauan supaya kegiatan mencari emas tidak menjejaskan alam sekitar. Sumber : Tribun News/SiakapKeli
|
Perawankota replied at 7-1-2021 08:14 PM
Apakah maksudnya
gigahertz replied at 8-1-2021 07:16 AM
Bumi dah mengeluarkan apa yang ada di dalam perut. This is begginig of the end
jazaa100 replied at 8-1-2021 09:05 AM
harap indon sini pi balik sana kutip emas.....
jgn dok menyemak kat sini lagi.....
ADVERTISEMENT