Syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinema atau GSC secara rasminya mengesahkan dua cawangannya telah ditamatkan operasi berkuatkuasa hari ini. GSC menerusi satu kenyataan memaklumkan, cawangan yang terlibat ialah GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dan GSC Cheras Leisure Mall, Cheras. “Kami telah beroperasi dalam tempoh yang cukup panjang bagi GSC Cheras Leisure Mall sejak 1995 dan GSC Berjaya Times Square sejak 2005. “Namun, ekoran situasi terkini dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami terpaksa menutup pawagam ini secara kekal.
“Dengan ini, kami dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penonton filem yang setia menyokong kedua-dua cawangan GSC ini,” maklum kenyataan tersebut hari ini. Sehubungan itu, GSC menyeru penonton awam yang masih setia untuk mengikuti setiap perkembangan operasinya dari semasa ke semasa melalui media sosial mereka. “Kami tidak sabar untuk menantikan anda kembali ke pawagam kami,” tambah kenyataan itu lagi. Loading FB Post... Sumber: GSC/SiakapKeli |
Adrif replied at 8-1-2021 02:57 AM
aku teringin nak masuk tengok movie dalam panggung wayang, huhu, tapi tak mampu.
dah tutup pulak. ...
AbukRokok replied at 8-1-2021 08:26 AM
bukan mahal pun tiket belas ringgit je
dulu lagi lah hari tertentu dpt bwah rm10 je
Adrif replied at 8-1-2021 04:41 PM
berbelas ringgit pun mahal bagi marhaen macacm kita
AbukRokok replied at 8-1-2021 05:04 PM
rugilah nti boleh citer kt anak cucu...cu dulu hatok masa rumaja tgk movie kat cinema tau kerusi g ...
ADVERTISEMENT