Pelakon Intan Najuwa enggan mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan cintanya dengan bekas tunang Razrul Anwar Rusli, 40, yang dikatakan sudah berputik kembali.
Intan berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk merahsiakan apa saja hal berkaitan peribadinya. "Sebenarnya hubungan kami masih baik. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Nak ulas lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami, saya tak nak komen. "Pengalaman lalu banyak mengajar saya, jadi lebih baik saya simpan sendiri segala apa yang berlaku dalam hubungan saya. Lagipun ada banyak hati yang perlu dijaga seperti pihak keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam dan ikut saja apa yang ditentukan. "Doakan hubungan kami berada dalam keadaan yang baik," katanya.
|
missHaidiD replied at 8-1-2021 08:07 AM
Betina garik
jijilaaa replied at 8-1-2021 11:38 AM
petite mestila org tua suka...muahaha
ADVERTISEMENT