Penyanyi Nabila Razali mengesahkan bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, bulan depan, mendendangkan lagu Peluang Kedua. Biarpun belum pulih sepenuhnya akibat masalah peti suara, Nabila sanggup menanggung risiko demi menunaikan hasrat selain memuaskan hati peminat.
"Kalau diikutkan, vokal saya masih belum pulih dan sedang dalam proses mendapatkan rawatan susulan. "Doktor tidak menggalakkan saya menyanyi dalam keadaan begini sebenarnya. "Namun, disebabkan peminat rindukan saya untuk kembali beraksi, saya membuat keputusan menyahut cabaran itu biarpun sedar risiko menanti," katanya kepada BH Online. Sebagai persediaan, penyanyi Pematah Hati itu berkata, selain berehat panjang, dia mengamalkan petua yang diberi ibu. "Sejak mengalami masalah vokal, saya sudah lama tidak mengambil tawaran acara persembahan. Saya banyak berehat dan mengamalkan minum jus lemon untuk memulihkan kotak suara.
"Selain itu, saya juga mengharapkan doa daripada semua pihak agar segera pulih dan dapat membuat persembahan pada malam itu nanti. "Insya-Allah, ada tempoh sebulan lagi untuk ke malam kemuncak. Saya harap semuanya dipermudahkan. Jika berlaku sesuatu yang mungkin menghalang untuk saya menyanyi, kita akan fikiran jalan penyelesaiannya," kata penyanyi berusia 28 tahun ini.
|
songhara1226 replied at 8-1-2021 06:42 AM
Oklah tu, atleast kalau kantoi terkucil dah ada alasan, pandai kau dekkk
Sis doaka ...
Mawar91 replied at 8-1-2021 07:14 AM
Peminat mne yg rindu tu?
helicornia replied at 8-1-2021 09:34 AM
hahaha gelak aku baca tajuk
peminat mana yang rindu tu?
ADVERTISEMENT