Penyanyi dan pelakon Hilary Duff dikejarkan ke hospital kerana mengalami jangkitan di bahagian mata akibat terlalu kerap melakukan ujian calitan Covid-19. Menurut laporan People, Hilary yang kini sedang hamil ketiga memaklumkan keadaan matanya semakin baik selepas diberikan rawatan. "Terpaksa ke bahagian kecemasan akibat jangkitan pada mata sebab terlalu kerap buat ujian Covid-19 di tempat kerja. "Mata saya kemudiannya mula nampak pelik dan sakit... sangat!" tulisnya di Instagram. Bintang berusia 33 tahun ini memberitahu dia perlu menjalani beberapa kali ujian Covid-19 sebelum berada di set penggambaran. Dalam perkembangan lain, Hilary sedang terlibat dengan sebuah projek drama komedi, Younger. Dalam siri tersebut, dia membawa watak Kelsey iaitu seorang sahabat dari watak utama Liza Miller lakonan Sutton Foster yang menipu mengenai usia untuk mendapatkan pekerjaan. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT