Malaysia mempunyai sejarah hitam dengan perjuangan menentang Komunis yang menjajah Tanah Melayu, untuk itu menjadikan alasan hiasan dalaman sesebuah premis berunsur Komunis sebagai ‘humor’ adalah alasan tidak munasabah.
Ahli Sejarah Negara, Profesor Dato’ Dr. Ramlah Adam berkata, masyarakat pada hari ini sudah cukup bijak untuk menilai maksud tersirat di sebalik tindakan penggunaan ‘wallpaper‘ berunsur Komunis di beberapa premis restoran yang tular di media sosial baru-baru ini. “Ini negara Malaysia, sepatutnya pemimpin Malaysia yang ditonjolkan, disokong dan disayang. Contohnya, mendiang Tun Dato’ Sir Tan Cheng Lock serta pemimpin-pemimpin Cina yang mempunyai peranan dalam membangunkan negara, ekonomi dan kemerdekaan kita. “Itu baru kita tahu kamu seorang warganegara, bukan masukkan gambar orang luar yang tidak ada kena-mengena dengan Malaysia. Jadi memanglah salah,” katanya yang dihubungi Harakahdaily bagi mengulas isu tular yang sedang hangat diperkatakan pada minggu ini.
Ujarnya lagi, sekiranya pemilik premis mendakwa bahawa penggunaan konsep hiasan restoran terbabit tidak mempunyai maksud tersirat, ia adalah satu pembohongan yang nyata. “Bagi saya, kamu tidak boleh menipu orang, sebab kalau tiada makna, kenapa kamu tunjukkan? Macam kita juga, kalau kita tidak suka sesuatu, buat apa kita tayang, bukan?” tambah Profesor Ramlah. Baru-baru ini dua buah restoran yang terletak di Juru dan Pulau Tikus di Pulau Pinang disiasat polis selepas pemiliknya menggunakan karikatur pemimpin Komunis dan elemen berunsur Komunis sebagai hiasan di restorannya. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, polis telah membuka kertas siasatan untuk kedua-dua kes terbabit setelah menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu. Sementara itu di Jonker Walk, Melaka, polis turut merampas gambar 18 pemimpin parti Komunis China yang menjadi hiasan dalaman sebuah premis perniagaan manakala pemilik premis itu yang turut ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Ketiga-tiga kes ini disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram. Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. Dalam pada, Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad berkata, tindakan pantas polis adalah tepat dan wajar. Malah, isu ini katanya tidak membabitkan hubungan antara China dan Malaysia memandangkan kedua-dua negara saling menghormati. “Ia satu lambang tidak sensitif apabila seolah-olah cuba menentang undang-undang negara dengan memaparkan unsur-unsur Komunis di premis mereka,” kata Kamaruzaman. Sumber: HARAKAHDAILY
|
djzara81 replied at 8-1-2021 02:55 PM
Gini deh..mcm aku dulu minat David Backham sbb hensem, aku tampal poster dia kt dinding. Mana2 artis ...
tripleid replied at 8-1-2021 03:51 PM
Kalo tun razak masih ada dia pun tepok dahi tgk betapa x masuk akalnya ummah takut dgn gamba katun p ...
dudaberhias replied at 8-1-2021 03:58 PM
kalau gambar mao zedong kecik je dan gambar tokoh2 leluhur lain tu pun ada sekali tu logik jugak l ...
ADVERTISEMENT