CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Karut! Covid-19 Akibat Keracunan Gelombang 5G?

8-1-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2332| Komen: 12

Terdapat satu sebaran artikel yang sebenarnya telah tular sejak Jun 2020 lagi yang menyatakan, Itali sebagai negara pertama melakukan post-mortem terhadap kes kematian COVID-19. 

Mereka mendapati bahawa kematian bukan diakibatkan virus COVID-19, tetapi akibat bakteria yang akhirnya menyebabkan radang dan darah tersumbat.


 

Lantas, mereka terus menyalahkan kejadian radang dan salur darah tersumbat itu akibat daripada teknologi 5G serta menganggap itulah racun yang diberi nama Amplified Global 5G Electromagnetic Radiation.

Sekali baca, tulisan itu pun berbelit-belit sebab ianya terjemahan daripada artikel Bahasa Inggeris yang telah dikeluarkan oleh anti-vaksin dari Barat.

Menurut Dr Suhazeli Abdullah, orang kita memang mudah terperdaya dan terpersona dengan artikel yang tidak ada hujung pangkalnya itu. Berikut adalah beberapa jawapan kepada dakwaan karut itu:



Dakwaan 1: Itali negara pertama melakukan bedah siasat mayat COVID-19 (post-mortem)

Sebenarnya, China lebih awal melakukan post-mortem terhadap kematian kes COVID-19 bukan Itali. WHO tidak marah pun untuk melakukan post-mortem terhadap kes kematian COVID-19, tetapi mesti mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. 

Ia bagi mengelakkan orang hidup yang belum dijangkiti supaya tidak dijangkiti oleh orang mati yang telah dijangkiti oleh COVID-19. 

Sebenarnya, kalau sudah tentu sahih mati akibat dari COVID-19, sudah tidak perlu lagi melakukan post-mortem. Sudah jelas dan bersuluh kenapa ingin melakukan pembedahan post mortem?


Dakwaan 2: COVID 19 itu adalah bakteria

COVID-19 adalah singkatan kepada Corona Virus Disease, dan ditemui pada 2019. Ia satu keluarga dengan virus SARS-CoV-1 yang pernah menjadi wabak dunia pada 16 April 2003. 

Oleh sebab itu, ianya disebut juga sebagai SARS-CoV-2. Ianya virus, bukan bakteria. Jadi, tohmahan penulis bahawa COVID-19 itu bakteria adalah tidak betul. 


Dakwaan 3: Doktor Itali menggunakan antibiotik untuk rawat COVID-19 

Tidak tepat. Apa yang berlaku sebenarnya adalah pesakit kritikal yang telah dijangkiti COVID-19 kemungkinan besar ianya telah berlaku serangan sekunder daripada bakteria lain. 

Oleh yang demikian, doktor pakar akan memberikan antibakteria untuk melawan jangkitan sekunder bukan untuk membunuh COVID-19. COVID-19 adalah virus dan tidak ada lagi ubat rawatan untuk membunuh virus COVID-19.


Dakwaan 4: COVID-19 penyebab pembekuan darah

Ya benar, tetapi tidak semua pesakit mengalaminya dan bukannnya dapatan kajian dari doktor Itali tadi. 

Beberapa kajian juga mendapati 20–30 peratus pesakit yang dirawat di wad kritikal mengalami penyumbatan salur darah. Justeru, ubat pencair darah digunakan seperti Heparin. 

Ubat untuk anti-radang dan anti-pembekuan darah sebenarnya memang diberi kepada pesakit yang dimasukkan ke wad rawatan rapi. Tetapi, ianya bukan satu rawatan yang definitif untuk merawat COVID-19. Ia adalah satu rawatan untuk membantu mengurangkan radang dan mencairkan darah. 

Tidak semua pesakit akan diberikan ubat anti-radang seperti Paracetamol dan Aspirin.

Kajian besar-besaran sedang dijalankan di United Kingdom untuk menentusahkan bahawa penggunaan anti-radang dan juga Aspirin itu digunakan untuk membantu mengurangkan kesengsaraan pesakit COVID-19.


Kredit foto: FB


Dakwaan 5: COVID-19 itu akibat daripada keracunan gelombang 5G

Tuan-tuan sekalian, COVID-19 ini sejenis virus. Dia tak boleh bergerak melalui gelombang 3G ke 5G ke. 

Virus ini bergerak dan berjangkit melalui hubungan fizikal, droplet dari pernafasan orang yang positif. 

Kita berada di persekitaran orang yang dijangkiti juga berisiko dijangkiti sama. Ianya tidak sesekali ianya merebak melalui gelombang. 

Malah, Pandemik yang berlaku dalam dunia ini semua negara terlibat walaupun negara mereka tidak mempunyai teknologi 5G. Tetapi, ramai yang dijangkiti oleh COVID-19. 


Sumber: HARAKAHDAILY


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 8-1-2021 01:53 PM
Sumber: HARAKAHDAILY

Tak sangka betul dari Harakah

Sah thread sendu.. Sbb ni dari sumber berita LEBAI yg sah2 tak ada pendidikan
Quote sarah82 8-1-2021 01:55 PM
Sah ni semua wayang...hamjad laaaaaa..semua kena pakai mask berjemaah seluruh dunia tu apa? Ingat aku dok dlm universe bunian meh?
Quote najib888 8-1-2021 02:08 PM
sarah82 replied at 8-1-2021 01:55 PM
Sah ni semua wayang...hamjad laaaaaa..semua kena pakai mask berjemaah seluruh dunia tu apa? Ingat ak ...

Bunians Realm tak dak covid ka? Mungkin sebab gelombang 5G tak lepas untuk penetrate kot nooh..
Quote sarah82 8-1-2021 02:10 PM
najib888 replied at 8-1-2021 02:08 PM
Bunians Realm tak dak covid ka? Mungkin sebab gelombang 5G tak lepas untuk penetrate kot nooh..

Hahahaa.. Aku rasa x ada.. Choi sangat depa ni... Geram pulak aku baca artikel ni tau.. Aku nak pindah dok bunian realm.. Jual mask KN94
Quote najib888 8-1-2021 02:50 PM
sarah82 replied at 8-1-2021 02:10 PM
Hahahaa.. Aku rasa x ada.. Choi sangat depa ni... Geram pulak aku baca artikel ni tau.. Aku nak pi ...

Tudiaa hang.. nak menega ja.. baik la hg reka web portal menega Shupee (bunians) atau laaagoda.. kaya wei..
Quote airfilterkotor 8-1-2021 03:03 PM
Apsal tak ramai ni?
Quote airfilterkotor 8-1-2021 03:08 PM
Covid strategi Freemasonry: Yes.
5G merebahkan Wuhan: Yes.
Kawal minda: Yes.
Jadik zombie: Sudaa tentu.

Quote tumpanglalu74 8-1-2021 03:22 PM
airfilterkotor replied at 8-1-2021 03:08 PM
Covid strategi Freemasonry: Yes.
5G merebahkan Wuhan: Yes.
Kawal minda: Yes.

Esok luse kene baru nak kaji dalam2 udah terlambat..

Quote airfilterkotor 8-1-2021 03:34 PM
tumpanglalu74 replied at 8-1-2021 03:22 PM
Esok luse kene baru nak kaji dalam2 udah terlambat..

Daripada asyik pada perkara yang berdasarkan kepada andaian dan kegusaran, adalah lebih baik sama-sama membantu.Mengeruh/mengelirukan keadaan takkan menyelesaikan masalah yg sediada pun.



Quote airfilterkotor 8-1-2021 03:37 PM
Ada macam-macam kaedah utk penatrate kumpulan 'low information' citizens ni.
Quote airfilterkotor 8-1-2021 03:39 PM
Posting #8 salah satu kaedahnya.
Quote sarah82 8-1-2021 03:57 PM
najib888 replied at 8-1-2021 02:50 PM
Tudiaa hang.. nak menega ja.. baik la hg reka web portal menega Shupee (bunians) atau laaagoda.. k ...

Hahahahaha.. Aku semlm pi belek MRDIY.. Ang tau dak mask KN94 depa jual RM2.90..aku rasa aku nak masuk panda shop la.. Jual mask saja... Sementara aku nak dpt pesakit baru utk dijaga.. Jual mask boleh cover duit yg keluar

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.045494 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top