Pengasuh disyaki mendera budak perempuan berusia lima tahun sehingga mati dipercayai bertindak demikian kerana tidak tahan dengan kelakuan mangsa yang hiperaktif. Motif itu diperoleh hasil siasatan polis yang menyoal siasat suspek berusia 61 tahun berkenaan, susulan kejadian pada 2 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan juga mendapati suspek sudah mengasuh kanak-kanak terbabit sejak September lalu. "Bapa mangsa yang bekerja di Vietnam tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, manakala ibunya warga tempatan melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini. Saiful Azly berkata, pihaknya menerima maklumat awam daripada seorang penduduk memberitahu terdapat seorang kanak-kanak perempuan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah rumah pada 2 Januari lalu.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa selain terdapat kesan kecederaan pada tubuhnya. "Suspek dan dua anak lelakinya ditahan pada hari sama dan direman selama lapan hari. "Kertas siasatan kes ini dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap pengasuh berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dua anak lelakinya akan dijadikan saksi pendakwaan," katanya. Saiful Azly berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang membantu polis dengan menyalurkan maklumat mengenai kejadian berkenaan. "Walaupun ada perumpamaan 'jangan jaga tepi kain orang', masih ada perkara yang kita perlu sentiasa peka terutama jenayah membabitkan kes dera ini," katanya. Sumber: BH Online |
EvieWanKenobi replied at 8-1-2021 04:20 PM
kalau taknak jaga, bagitau awal2..
depresio replied at 8-1-2021 06:06 PM
Nak bgtahu sapa dah mak pon lari?
Boomibulat: Kjadian ni kat mana..knp x bgtau
clarizsa replied at 8-1-2021 07:32 PM
Gilaaa pi bunuh budak
Anak i sangat2 aktif dari sblum boleh berjalan lagi
ADVERTISEMENT