CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Scene Bertumbuk Ke, Tarik Rambut Ke," -Nak Berlakon Bersama, Diva AA Dah Berbaik Dengan Ogy Ahmad Daud

11-1-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3251| Komen: 6

Pengacara, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA mengakui sudah mula bertegur sapa dengan seniwati, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Azwan berkata, apa yang boleh diperkatakan adalah hubungan dengan Ogy sudah tidak ada lagi masalah.


"Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy walau pernah terkait dengan kes saman-menyaman, itu adalah kisah lama.

"Sejak kebelakangan ini apabila berjumpa kami sudah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah. Saya nak penonton dan peminat tahu," katanya.

Foto: IG

Azwan yang juga pengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK 2) berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama bersiri Diva Popular.

Tidak lama dahulu hubungan kedua-dua selebriti itu pernah bermasalah hingga membabitkan kes saman.

Menurut Azwan, dia dan Ogy juga sama-sama terbabit dalam drama bersiri itu, namun belum bertemu kerana tiada babak bersama buat masa ini.

"Kalau dapat babak dengan Ogy, ia adalah satu rezeki tengok kami berlakon bersama. 

"Tengok Azwan Ali dengan Ogy dalam satu scene bertumbuk ke, tarik rambut ke," selorohnya. -CARI

Sumber: Harian Metro 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-1-2021 09:16 AM
Semoga bertahan lama
Quote msamyrazi 11-1-2021 09:23 AM
wow makin murah rezeki diva aa .
Quote nolya 11-1-2021 11:05 AM
Edited by nolya at 11-1-2021 11:07 AM

Udah2 le tu......... sampai bila nak  berseteru, bermasam muka.   Hidup pun  semakin  menambah usia, tentu dah matang untk memikirkan  apa yg baik  untuk silaturahim sesama rakan dlm industri yg sama.  Saling memaafkan dn tak menaruh dendam  itu yg  terbaik  kerana  memasing pun  ada khilafnya. Semoga menyambung silaturahim seterusnya.
Quote kodoklawa 11-1-2021 11:58 AM
dah tua2 ni tak payah berdendam kesumat sangat.. sambung silaturahim yg terputus lagi elok sementara bernyawa ni.
Quote AshKetchum 11-1-2021 02:10 PM
scene bertumbuk manja atas katil tak nak ke?
Quote jfq 11-1-2021 03:36 PM
Edited by jfq at 11-1-2021 03:37 PM

Sejak bila ogy AD ni dpt gelaran seniwati

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.043584 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top