CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Netizen Akan Kecam Kalau Saya Bertudung, Lari Karakter" - Sweet Qismina

11-1-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13590| Komen: 63

Sweet Qismina menafikan berlaku perselisihan faham membabitkan dia dengan penyanyi Haqiem Rusli selepas menarik diri daripada membintangi muzik video single terbaharu penyanyi itu berjudul Mimpi.




Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, dia menghormati pendirian masing-masing dan keputusan menarik diri itu dibuat dengan cara baik.


Kredit foto: IG Adam

"Sebenarnya tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku. Memang saya dan Adam dah sampai ke tempat penggambaran muzik video itu, namun selepas diadakan perbincangan dengan Haqiem, pihak pengurusannya dan pihak penerbitan drama Bidadari Salju, memang saya ambil keputusan undur diri.


"Saya menghormati pendirian Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video dia. Isunya bukan sebab saya tidak mahu memakai tudung, tapi saya perlu ikut karakter yang saya bawakan dalam Bidadari Salju yang mana watak itu tidak memakai tudung.

"Kalau saya bertudung, lain daripada karakter yang dibawakan dalam drama itu, netizen akan kecam macam-macam pula... tahu sahaja la kan netizen ni macam mana," katanya kepada mStar.

Sweet turut menambah, dia tidak terasa hati dengan pendirian dan prinsip yang dipegang oleh Haqiem malah turut mempromosikan muzik video tersebut di laman Instagramnya memandangkan Mimpi merupakan lagu runut bunyi (OST) Bidadari Salju lakonannya.


Kredit foto: IG Haqiem

"Saya memang tiada isu (masalah) dengan Haqiem. Kami masing-masing tidak terasa hati antara satu sama lain. Saya hormat kerjaya dia sebagai penyanyi dan dia juga hormat kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Sayang memanglah sayang (tak dapat beraksi dalam muzik video), sebab muzik video ini pasal drama saya berlakon.

"Tapi, lebih baik saya undur diri sebab nanti akan jadi pelik dalam muzik video saya pakai tudung, tapi dalam drama itu saya tidak bertudung pula," ujarnya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 11-1-2021 10:37 AM
Peminat haqiem sekarang ni duk puji2 kononnya pentingkan aurat.
Quote Duta lover 11-1-2021 10:42 AM
Janggalnya model vc tu bertudung tapi menari mcm erotik pun ada
Quote MsCinderella 11-1-2021 10:45 AM
nak model bertudung...tp aksi wanita bertudung dlm video tu haqiem tak pertikai lak?
Quote mamajawie 11-1-2021 10:52 AM
Duta lover replied at 11-1-2021 10:42 AM
Janggalnya model vc tu bertudung tapi menari mcm erotik pun ada

baru tau ke?

aku yg tgok mv ni kejap da geleng kpala da..niat xmenghalalkan cara dek qemo woii


Quote dudaberhias 11-1-2021 11:34 AM
omg ajet2 alim betul si dik kimkim nak wanita bertudung bagai dalam mv...
kalau dia penyanyi nasyid iols tak heran la...
ni dah sah2 menyanyi lagu pasal cinta cintun yang bukan lirik ketuhanan pun...

shoot mv pakai 3D je lah atau kartun...
tak pun suruh sajat n aliff syukri je... laki sesama laki takpe
Quote dudaberhias 11-1-2021 11:37 AM
Duta lover replied at 11-1-2021 10:42 AM
Janggalnya model vc tu bertudung tapi menari mcm erotik pun ada

elok ganti dengan 3D character je... real ke tak real.. atau cgi hauk pun apa nak heran mv pun memang dah hauk...so so so? see my level agittewwwrxxx

Quote nanasno 11-1-2021 11:44 AM
pakai baju putih nampak pulak bentuk kaki akak bertudung tu. aiyo dekqiqi tak qaqc dulu ka sebelum video keluar.

anyway budak tu menari2 macam yang viral budak pmpuan menari dalam wanita hari ini ke selamat pagi malaysia tu yang jeng jeng jegejeng gejeng jeng tu
Quote mesmerize 11-1-2021 11:46 AM
Duta lover replied at 11-1-2021 10:42 AM
Janggalnya model vc tu bertudung tapi menari mcm erotik pun ada

serious ar ada menari2 ?.. ingatkan modelnya berjalan tertunduk ayu je sebab bertudung kan.. ai tak tengok lagi vc mimpi ni..
Quote haruslah 11-1-2021 11:50 AM
Netizen kata novel BS best
Tp bla transform ke drama jd hauk sbb pelakon
Betul keee
Quote bakingsoda 11-1-2021 12:25 PM
ok netizen pulak dah dianggap setan penghasut tak suka tgk seorang perempuan muslim bertudung
Quote SayaSayangMama 11-1-2021 03:00 PM
Hauk sbb heroin pelakon kanak kanak rambut x ingat serabut rasa nk tolong pakaikan cekak rambut
Quote True-X 11-1-2021 03:02 PM
btol... setuju sangat
Quote tuntasha 11-1-2021 04:24 PM
Aku lagi rasa nak critic suit yg penyanyi tu pakai hahahahaha
Quote susukambingbest 11-1-2021 04:33 PM
Duta lover replied at 11-1-2021 10:42 AM
Janggalnya model vc tu bertudung tapi menari mcm erotik pun ada

Fetish pompuan bertdung kot.. Mnari meliuk2 dgn baju putih sluar melekap tu. Jnji btudung. Bab pkaian, bab mnari2 meliuk dpn jntan blh plk, dikqiqi dikqiqi
Quote susukambingbest 11-1-2021 04:34 PM
mesmerize replied at 11-1-2021 11:46 AM
serious ar ada menari2 ?.. ingatkan modelnya berjalan tertunduk ayu je sebab bertudung kan.. ai ta ...

Ada sis. Siap mnari erotik dpn dikqiqi. Pelik nau kpala brbungkus tp mnari meliuk lentok ala gimnas dpn dikqiqi
Quote Nenasketum 11-1-2021 05:28 PM
Dia dah buat study lettew dimana resultnya ialah pompuan bertudung fefeeling suchi murni macam aweks dalam keta Da’i Syed merenyam namatey, yang ramai sapot dia. Janji, bertudung, pakai baju macam usus lembu buat sosej pun hokkeh!
Quote asma87 11-1-2021 05:59 PM
Apesal x amik jah lofa n puriz jah berlakon mv qiqi? Tapi janganla jah berjoget...jah buat lakonan ala2 sedang usrah ber3 bersama puriz n qiqim
Quote 3480 11-1-2021 06:09 PM
Lahhh.. netizen plk salah
Quote salmon-suki 11-1-2021 06:18 PM
Duta lover: Janggalnya model vc tu bertudung tapi menari mcm erotik pun ada


Terus aiolzs skrol atas semula n play video tuh..igt nak baca komen jah..{:smile

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.332853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top