Tidak dinafikan berkerja di restoran adalah satu tugas yang memenatkan walaupun kerja yang perlu dilakukan kelihatan mudah dan ringkas. Jadi, tidak hairanlah jika pekerja yang melayan kita kadangkala anginnya tidak baik atau tidak bertenaga.
Seperti dilihat menerusi video tular di TikTok ini, seorang pekerja wanita di restoran Subway dilihat sedang menyiapkan pesanan seorang pelanggan. Pelanggan lelaki berkenaan merakam ketika pekerja wanita itu menuangkan bahan perasa ke atas sandwic dipesannya dan terkejut apabila wanita itu tertidur. Dalam rakaman yang dikongsikan itu, pekerja wanita tersebut tiba-tiba berhenti menggoncangkan serbuk berkenaan, sementara kepalanya perlahan-lahan jatuh ke atas meja. Wanita berkenaan akhirnya 'terbaring' di atas sandwic yang sedang disediakannya itu dan tidak bergerak, membuatkan ramai percaya dia tertidur.
Di samping geli hati melihat adegan tersebut, rata-ratanya simpati dengan pekerja itu yang kemungkinan besar terlalu penat membuat banyak kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Sumber: HCL |
ADVERTISEMENT