Marsha Milan Londoh disangka mengandung gara-gara memakai baju yang menggelembung di bahagian perut. Kata penyanyi ini dia hanya kekenyangan selepas menikmati nasi dua pinggan.
Tak mahu peminat terus keliru, Marsha memuat naik dua gambar, satu kelihatan macam ada 'baby bump', satu lagi menunjukkan perutnya yang kempis. "Alhamdulillah, kenyang dua pinggan nasi tapau. Da... da tidak payah ditanya mengandung ke tak, jawapannya tidak. Swipe right untuk bukti..." tulisnya di Instagram. Bagaimanapun di ruangan komen, peminat sentiasa mendoakan Marsha akan dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
|
zuliana29: yes.. yg ttcian ni perut mudah nmpk moncet mcm preggy.. semoga ada rezeki preggy nanti..
ADVERTISEMENT