BEIJING – China menguatkuasakan perintah berkurung melibatkan seluruh kampung di sebuah daerah di Beijing bagi mengekang penularan koronavirus yang disifatkan paling buruk sejak enam bulan lalu, lapor akhbar Daily Mail hari ini. Semua kampung di daerah Shunyi, timur laut Beijing yang mempunyai lebih 1.2 juta penduduk menjalani prosedur kuarantin sementara pegawai kesihatan memulakan saringan Covid-19 secara besar-besaran, kata pemerintah dalam satu kenyataan. Sementara itu, Wangkui yang merupakan sebuah daerah didiami 440,000 penduduk di wilayah Heilongjiang, timur laut China turut berdepan perintah berkurung hari ini setelah melaporkan 20 kes koronavirus tanpa gejala.
China kini berdepan peningkatan kes Covid-19 terbesar dalam tempoh enam bulan selepas melaporkan kes harian tertinggi sejak Julai tahun lalu. Bermula minggu lalu, China telah menutup dua bandar di selatan Beijing, memutuskan hubungan pengangkutan dan melarang berjuta-juta penduduk keluar bagi membendung krisis terbaharu koronavirus di negara berkenaan. Sumber – Agensi/Kosmo |
kakikuDibibirmu replied at 11-1-2021 11:15 PM
Meman sunyi lah daerah shunyi tu
Lengkong replied at 11-1-2021 11:27 PM
Sesuai dgn namanya
ADVERTISEMENT