Jodohnya bersama Johor Darul Ta’zim pernah hampir terlerai, namun jaringan dalam aksi final Piala Malaysia 2017, nasibnya terus berubah. Pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kini menjadi pemain paling lama berkhidmat untuk JDT iaitu selama sembilan tahun sejak 2013. Mendambakan pentas gemilang dalam Liga Juara-Juara Asia, Aidil berkongsi bicara bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam. “Saya akan sentiasa meletakkan sasaran secara peribadi untuk beraksi cemerlang dalam saingan ACL kali ini,” kata Aidil. “Kami tidak boleh menjangkakan apa yang berlaku pada masa akan datang, tetapi saya akan berusaha untuk kekal beraksi bersama JDT namun ia bergantung kepada pihak pengurusan. Namun beraksi di peringkat paling tertinggi dalam saingan ACL adalah sasaran peribadi saya.”
Sumber : SA Berbincang mengenai jaringan ketika aksi final Piala Malaysia 2017, “.Ya, mungkin ia adalah salah satu mengapa saya masih kekal di JDT. Jika masa beraksi yang lebih banyak, saya akan cuba memberikan yang terbaik. Saya percaya dengan rezeki, jaringan tersebut menyaksikan saya masih kekal bersama pasukan.” Sumber : Sukan |
intanblur replied at 20-3-2021 01:15 AM
Hensonm aidil dalam gamba ni hiks
ADVERTISEMENT