Pelakon Shima Anuar meluahkan rasa sedih apabila disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada Sabtu lalu. Menurut Shima, dia tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19 namun mengambil langkah untuk melakukan ujian saringan tersebut selepas mengalami masalah pernafasan dan sakit kepala.
"This really breaks my heart. Saya tak ada kontak rapat dengan sesiapa yang kena Covid. Buat swab test sebab hari Jumaat lalu tiba-tiba rasa susah nak nafas dan sakit kepala. "Beritahu suami, dia kata mungkin sebab saya tak makan lagi atau mungkin sebab perut masuk angin. Jadi selepas dah makan semua dah okay la. Tapi saya cakap dengan suami nak buat juga swab test just for precaution.
"Sebab kes makin hari makin banyak. It can be anywhere," tulis Shima menerusi Instagram miliknya pada Isnin. Pelakon filem Highland Tower tersebut turut memuat naik paparan skrin keputusan ujian saringan Covid-19 yang diterima pada Ahad. Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Mia Ahmad, Sherry Alhadad, Feeya Iskandar serta Eyka Farhana mendoakan agar aktres yang juga usahawan makanan itu cepat sembuh.
|
noninah replied at 14-1-2021 10:57 PM
Tgk tak emma maembong ngn laki dia buat test kt rumah positif.. mesti ada kontak rapat buat test.. k ...
ADVERTISEMENT