KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak lebih tegas terhadap individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua bermula tengah malam esok. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pada masa ini PDRM sedang membuat persiapan untuk kembali melaksanakan penugasan penguatkuasaan di seluruh negara termasuk dari segi kawalan dan sekatan jalan raya (SJR). Katanya, berbanding ketika pelaksanaan PKP pada 18 Mac tahun lalu, PKP pada kali ini akan memperlihatkan ketegasan dari pihak polis.
"Beberapa kelemahan terdahulu akan diatasi bagi mengelak atau mengurangkan kekeliruan orang ramai namun tahap ketegasan tindakan akan dipertingkatkan. "Kita tidak akan berkompromi mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang didapati melanggar syarat ditetapkan. "Masa untuk mendidik dan menasihat sudah habis, sekarang untuk kami laksanakan terus penguatkuasaan terhadap mereka yang masih berdegil ," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama. Abdul Hamid berkata, tempoh yang diberikan sebelum ini dirasakan cukup untuk rakyat mematuhi dan memahami SOP ditetapkan selain menjadi satu norma baharu. "Penugasan kali ini juga akan diperkemaskan dengan mengambil kira pengalaman lalu ketika kita melaksanakan PKP termasuk meneliti semula aspek kelemahan dan kebaikan. "Saya jamin, kita sentiasa bersedia untuk menguatkuasakan segala peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya. Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang yang berada di sekeliling bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. "Untuk kali ini, saya meminta semua pihak patuh arahan ditetapkan KKM dan MKN. Tujuan utama kita bukanlah untuk menyeksa rakyat namun sebenarnya untuk menyelamatkan anda dan orang yang tersayang," katanya. Katanya, PDRM dari semasa ke semasa akan mengeluarkan perkembangan mengenai arahan dan pelaksanaan penguatkuasaan terhadap orang ramai sepanjang tempoh PKP. Sumber : Berita Harian |
white_musk replied at 12-1-2021 05:16 PM
Propah saja.. Banyak saja pejabat akan dibuka esok...
white_musk replied at 12-1-2021 05:16 PM
Propah saja.. Banyak saja pejabat akan dibuka esok...
imthegirl replied at 13-1-2021 08:33 AM
Itu lah. Opis bukak macam biasa siap taska dibenar operasi sebab nak suruh mak pak pi keje. Dah ta ...
ADVERTISEMENT