Penyanyi dan pelakon Farahdhiya berharap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara bermula esok akan melenyapkan virus Covid-19 yang semakin menular dalam masyarakat negara ini.
Harapan tersebut ditulis penyanyi Bertakhta di Hati dalam satu perkongsian InstaStorynya malam tadi. Menurut pemilik nama penuh, Farahdhiya Mohd Amin, 37, dia sangat merindui kehidupannya yang normal sebelum pandemik Covid-19 menular dalam negara. “Kami mahu kehidupan yang normal seperti dulu tanpa perlu menggunakan pelitup muka dan boleh memeluk rakan-rakan. Saya merindui semua detik itu,” katanya dalam perkongsian tersebut. Tambah pelakon drama Spa Q itu, dia juga berharap agar pelaksanaan PKP seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dapat membantu menurunkan jumlah kes positif di negara ini. “Marilah sama-sama kurung diri untuk dua minggi supaya PKP tidak disambung lagi. “Semoga dalam dua minggu ini, kes positif dapat turun mendadak. Jaga diri semua, Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya. Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, Johor serta Sabah dikenakan PKP selama 14 hari bermula pukul 12.01 tengah malam esok sehingga 26 Januari ini. Beliau turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terhadap enam lagi negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Bagi Perlis dan Sarawak, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan sepanjang tempoh itu. Sumber: K! ONLINE |
ajinomotonosuga: Who ar yuss?
kiah_mai_pulak replied at 16-1-2021 05:46 PM
kahwin je lahh sis. leh pelukk laki chuollss
Kurex replied at 12-1-2021 06:54 PM
Apa yg nak digosipkan ???
ADVERTISEMENT