CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Trademark Harimau Menangis: Ibu Neelofa Minta Maaf, Mengaku Terlepas Cakap

14-1-2021 08:13 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 34970| Komen: 204|Original author: Oleh: Saiful

Kecoh dan ramai tak puas hati bila ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed daftarkan nama produk makanan 'Harimau Menangis' di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Bagaiamanapun Noor Kartini menjelaskan permohonan tersebut bukanlah merujuk kepada nama  daging 'harimau menangis', sebaliknya hanyalah rekaan pada tulisan perkataan itu.

Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan.


Foto: IG

"Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susur atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan 'Harimau Menangis' pada bungkusan produk.

"Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana," katanya dalam satu kenyataan.



Sebelum ini netizen marah apabila sebuah video yang menyaksikan Noor Kartini sedang memasak daging tular di media sosial.

"Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis," katanya dalam rakaman tersebut.

Kata netizen, tindakan Noor Kartini mendaftarkan nama tersebut adalah tidak wajar memandangkan 'harimau menangis' sudah lama digunakan dan bukanlah hak eksklusif sesiapa.



Tambah Kartini lagi, pihak mereka tidak menghalang mana-mana pihak untuk menjalankan perniagaan daging yang sama.

"Kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan.


"Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat.

"Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada malam 12 Januari 2021." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 14-1-2021 08:20 AM
Terlepas ckp ke atau ada ura2 myIpo tak nak lulus sebab guna common word? Malu lettew...
Quote Zirara99 14-1-2021 08:20 AM
Coverina boek punya
Quote jatiarjuna 14-1-2021 08:22 AM
hahahhaa..damage control ler tuuu..dah terlepas ckp kt video kan terang2 kata org lain xleh guna nama tu..coiii laaa..nak cakap2 pasal tiru grafik tulisan bagai aponyaa..stop la support produk family dorang wahai marhean sekalian..tgh2 pkp ni takdenyer dorang tinggal rm10 dalam wallet..baik kita support org2 kita yg jual macam2 jauh lebih sedap dan sah2 dorang niaga nak survive hidup family..
Quote MatDeghem 14-1-2021 08:24 AM
Kalau nak lindung packaging ....file trademarks bukan patent. Tapi ko file patent nama harimau nangis...konon itu nama hasil dari kepala otak ko. Ini mesti idea anak dia yg ada SPM10A.

Bila bertuhankan duit tapi gunakan Agama...lama2 akan terserlah.

Suami kaya Raya...tapi ko kehulur kehulur jual muka anak2 untuk cari rejeki.

Kasi hantam sama ini mamazat 7 lapis bumi
Quote mrsdean 14-1-2021 08:26 AM
udah2 le tu viral kan kisah depa ni. ce try ignore sebulan depa ni. tgk ape jd. org kite ni (termasuk la iolss ) tak suke..tp masih la nak bercakap psl depa. btw..walaupun viral DHM mamaktini ni...iols dh dah order DHM hany thai kitchen tu. hari ni boleh la lunch DHM mengaum...
Quote lampor 14-1-2021 08:29 AM
jatiarjuna replied at 14-1-2021 08:22 AM
hahahhaa..damage control ler tuuu..dah terlepas ckp kt video kan terang2 kata org lain xleh guna nam ...

Kan.... Dan2 nak spin pasal grafik apa la... Padahal mmg nak claim nama harimau menangis tu
Quote Normabaru 14-1-2021 08:41 AM
Adeh..
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/663813/amp

Cmne anak mamatini ni yang a to z dh buat research tu blh lupa nk advise ala loyer ni? mmg sah2 la application ko dh kantoi utk direjek.. hahahaha
Quote syaz_lina 14-1-2021 08:45 AM
berdoa panjang2 kat socmed, tapi hati sendiri hitam dan busuk, sampai nak tutup periuk nasi org lain nak berniaga guna nama harimau crying, apakes.
kalau nak trademark design packaging, logo logik la jugak. ni nak patent nama. jgn sampai netizun doa ko terlingkup plak
Quote Belibis 14-1-2021 08:51 AM
Matlamat untuk viral dah berjaya.sekian.
Quote bulalof 14-1-2021 08:56 AM
pigi daaahhhh.......
Quote tuntasha 14-1-2021 09:01 AM
Kalau segala barang dia jual letak guna nama Nilofa, Naelofar, Young & Glow kenapa tak guna trademark Daging Rimau Nilofa. Daging Lofa Menangih.

Packaging Naelofar yg motif bunga tu pun beli dari online.
Fonts dia guna pun dia beli online entah beli ke pakai download free. Appooooo
Hang cover lah lagu manaaaa selagi boleh. Netizen tidak bodoh .
Quote leftenanhensem 14-1-2021 09:03 AM
"Kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan"

cara cakap mcm koooo yg invented daging harimau menagis, walhal satu Kelantan mmg dah tau daging ni.

so nk org berterima kasih ke apa atas kebenaran ko family berangan kardashian ni?

Quote makneng 14-1-2021 09:08 AM
So dah jual berapa juta bungkus sejak2 viral ni? Sedeh la kau mokcik!!
Quote Noraniza_Iblis 14-1-2021 09:12 AM
meh aku nk paten kan name Noor Kartini Noor Mohamed ..
tengok lps ni die nk guna name ape
Quote nyra 14-1-2021 09:20 AM
ade je cerita family dorg ni
Quote misswa 14-1-2021 09:21 AM
Cheappp publicity. Poodahhh
Quote Madel 14-1-2021 09:25 AM
Yahudi telaviv pun geleng kepala kalau tenguk kelaku family jahNPD
Hati kaudu sungguh.
Quote makcun14 14-1-2021 09:25 AM
Bukan je anak anak cari cheap publicity, mak pun taknak kalah. Harus dapat limelight. Then bila mintak maaf nampak sangat tak ikhlas
Quote ckenj 14-1-2021 09:26 AM
bukan ckap tak bg guna nama ka..bukan grafic bagai2 tu...ceh...baru je buat da ajet dia punya. aku betul makan dgg harimau nngis ni kt kedah kut. kedai sebelah tali air tu..apa tah nama kedai dia.  pelik la dia ni nak claim dia punya.

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.067813 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top