Pelakon dan pelawak Vicha mengakui hampir kesemua tip digunakan dalam filem 10 Tips Tipu Bini berlaku dalam kehidupannya sebenarnya. Vicha berkata, tip seperti tukar nama isteri kepada nama lain, berpakat dengan kawan untuk menipu isteri antara yang dilaluinya bersama bekas suami. "Bukan nak buka aib sendiri atau mengungkit kisah lalu, tetapi itulah yang berlaku dalam rumah tangga saya dahulu. "Cerita tu memang macam 'real life' saya yang difilemkan. Memang pahit untuk ditelan, tetapi itulah hakikat," katanya positif.
Katanya lagi, banyak mesej cuba disampaikan dalam filem arahan Azizi Chunk Adnan terutama kepada para isteri. "Untuk wanita dan isteri di luar sana, kena tengok filem ni sebab 10 Tips Tipu Bini bukan nak mengajar suami-suami ni menipu. "Tapi, para wanita dan isteri kena waspada sebab, manalah tahu ada di antara tip ini 'sedang' digunakan suami tapi tak perasan, kan? "Sekurang-kurangnya kita sebagai isteri tahu ada udan di sebalik batu, bolehlah kita selidik sebab sangat-sabfar membantu 'hint' yang Datuk Awie bagi ni!" katanya ketawa.
Dalam masa sama, Vicha berpesan kepada para suami di luar sana supaya tidak mencuba atau belajar menipu bini. "Lelaki di luar sana tak payahlah belajar nak tipu bini lebih-lebih lagi menggunakan agama. Kenapa saya cakap acam tu, kenalah tengok 10 Tips Tipu Bini.
"Lagi satu, kalau korang cuba menipu bini, kami para bini ni memang akan tahu juga lambat-laun. Isteri ada 'radar' pengesan penipuan," selorohnya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|