CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sedih Dengar Suara Anak, Isteri Dari Tingkat Bawah” -Instafamous, Hafiz Mahamad Positif Covid-19

14-1-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11849| Komen: 50

Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada Rabu memberi khabar duka buat Instafamous, Hafiz Mahamad apabila disahkan positif Covid-19.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad membuat pengumuman mengejutkan itu menerusi laman Instagram pada lewat malam Rabu.

Bercakap kepada mStar, Hafiz berkata, dia terkejut sebaik menerima keputusan positif Covid-19 pada pukul 1 pagi, hanya sejam selepas PKP hari pertama dikuatkuasakan.



Usahawan berusia 27 tahun itu memberitahu, dia membuat ujian swab pada Jumaat lalu selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja dan keputusan adalah negatif.

"Saya dan keluarga buat ujian swab sekali lagi pada Isnin. Ini termasuk kira-kira 20 staf yang turut melakukan ujian sama secara berasingan.

"Bila saya dapat keputusan pukul 1 pagi tadi (Rabu) memang saya terkejut sebab tak ada gejala, apatah lagi keputusan sebelumnya adalah negatif.

"Hari pertama PKP dan hari pertama saya positif Covid-19. Ingatkan PKP ni nak luangkan masa dengan keluarga di rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu terluang, sibuk dengan kerja dan urusan lain. Saya reda dengan ujian ini," ujar usahawan ini ketika dihubungi.


Foto: IG

Hafiz bagaimanapun bersyukur apabila isteri, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, 26, dan anak perempuan mereka Raisya Arisa yang berusia setahun dan tujuh bulan disahkan negatif Covid-19.

Dia yang berasal dari Kelantan itu sering melakukan ujian saringan Covid-19 setiap kali melakukan tugasan di luar kawasan dan selepas memberi bantuan termasuk di Kuala Lipis, Pahang untuk mangsa banjir, baru-baru ini.

"Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulillah keputusan masih negatif, cuma kali ini yang positif.

"Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak dan team saya negatif. Syukur sekarang PKP, jadi mereka tak ke mana-mana dan menjalani kuarantin di rumah," ujarnya.




Menurut Hafiz, pada masa ini dia menjalani kuarantin di bilik berasingan di tingkat bawah rumahnya di Cyberjaya, Selangor sementara menunggu panggilan untuk dibawa ke hospital.

"Walaupun satu rumah, tapi saya sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan isteri dan anak. Saya boleh dengar suara anak dan isteri dari tingkat bawah.

"Perasaan tu tak boleh nak cakap. Tak dapat nak digambarkan. Saya berharap isteri dan anak serta orang lain terus diberikan kesihatan. Doakan saya dan keluarga," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 14-1-2021 09:00 AM
senyum sinis
Quote kikuri 14-1-2021 09:08 AM
semoga cepat sembuh... n tq tolong orang kesusahan di dalam banjir termasuk juga haiwan2
Quote black_handbag 14-1-2021 10:00 AM
la dia ni sskjp ke?? memalukan org kelantan

jgn laaa jakun sgt wei. tlg jadi orang kaya yg berkelas sikit
Quote Jemahjemah 14-1-2021 11:46 AM
Semoga cepat sembuh.
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:23 PM
Kesian spa yg terjangkit dr instatakfemes kepam sibuk nak bg bantuan tp bawak covid
Quote weezerfan 14-1-2021 12:42 PM
Bolehlah buat video anak nangis nak bapak.tapiii kena pakai tripodlah
Quote Olleo 14-1-2021 01:00 PM
black_handbag replied at 14-1-2021 10:00 AM
la dia ni sskjp ke?? memalukan org kelantan

jgn laaa jakun sgt wei. tlg jadi orang kaya yg berkel ...

Masa aku tau dia ni senegeri ngan aku, lg aku trkejut yg dia ni adalah sepupu my bff masa zaman sekolah
Aku paham nape bff aku xnk bgtau yg dia sepupu apis ni..so aku xtanya mcm2 lah

Tp memandangkan duo ni instapemes, ada la bff aku tu tnjuk video yg bini dia duk amek gmbr xkira masa sepanjang ziarah rmh dia tu.
Aku mcm...ooo gitu rupanya kehidupan instapemes

Quote black_handbag 14-1-2021 01:06 PM
Olleo replied at 14-1-2021 01:00 PM
Masa aku tau dia ni senegeri ngan aku, lg aku trkejut yg dia ni adalah sepupu my bff masa zaman se ...

aku tumpang malu sbb dia senegeri dgn aku. cukup cukupla org dok kutuk negeri serambi mekah, tambah lg dia ni seko punca org kutuk lg sedap. heii memalukan
Quote PinkyPie 14-1-2021 01:08 PM
Nantikan vid  heolls sebagai covid fighter gituhhh
Quote akies 14-1-2021 01:49 PM
Covid ada di mana2..
Culas sikit je ..habisla..
Moga cepat sembuh
Quote Adeakukesah11 14-1-2021 01:52 PM
Kakifoto tu pun baru2 ni ada g penang ngn dia ngn aina tu. si kakifoto pun swap & result positive

Mcm pelik bila bini dia negative
Quote nanies 14-1-2021 03:56 PM
hapizzz hapizzzz ... dasss kena lempang. eh? tu hapiz awan nano... kihkihkih...
Quote opie5662 14-1-2021 03:59 PM
Ke mmg saje2 cari virus sbb leh buat content. Mahap la... Sis tak mampu bersangka baik. Mohon jangkitkn kepada photog anda supaya sama2 dok hosp n buat content murahan anda...
Quote black_handbag 14-1-2021 04:08 PM
opie5662 replied at 14-1-2021 03:59 PM
Ke mmg saje2 cari virus sbb leh buat content. Mahap la... Sis tak mampu bersangka baik. Mohon jangki ...

meols pon rasa mcm dia saje je reka cerita ni demi ig content. nak tutup cerita dia pakai seluar ketat tayang luar dalam masa kwn dia meninggal tu. lgpon kan skrg musim retis sana sini kena covid. dia pon tak ketinggalan ahagicew
Quote sheetRock 14-1-2021 05:02 PM
iols rasa dia mesti ada perasaan happy skit sbb dapat covid sbb nnti da masuk pusat kuarantin.confirm dia ader new content n mcm2 dia akan buat kat situ demi peminat nyer...

Quote missyL 14-1-2021 06:41 PM
sheetRock replied at 14-1-2021 05:02 PM
iols rasa dia mesti ada perasaan happy skit sbb dapat covid sbb nnti da masuk pusat kuarantin.confir ...

Walaopn i kesian ngn die kene covid19. Harap2 cpt sembuh


Tp ape uols ckp btol.mmg nti die akan keluar vid kene covid ni
Dgn music mendayu.

Huuu

Apepn get well soon
Quote missyL 14-1-2021 06:43 PM
Olleo replied at 14-1-2021 01:00 PM
Masa aku tau dia ni senegeri ngan aku, lg aku trkejut yg dia ni adalah sepupu my bff masa zaman se ...

Hahaha. Rmh kawan u ade2 ke smpi amek gmbo sentiase tu
Quote anony-mous 15-1-2021 03:26 AM
sheetRock replied at 14-1-2021 05:02 PM
iols rasa dia mesti ada perasaan happy skit sbb dapat covid sbb nnti da masuk pusat kuarantin.confir ...

I setuju apa uols ckp. Lg2 bila dah sembuh mesti ada content viral. Gamaknya la jual private life n rela dicemuh muka xmalu sbb duit. Best sgt ke kaya tahap dia? Berbaloi ke jual “harga diri” dgn apa dia dpt ek?

Ni pon tunjuk dah breakfast, lunch dinner. Pinggan cawan dari breakfast smpai ke dinner xberkutip. Cawan pulak marhaen sgguh
Quote orkedkecik 15-1-2021 09:54 AM
Dari awal2 dia upload video tolong orang merata,tak follow sop tu semua,i meluat,i ada komen kenapa tak follow sop tapi kena tegur dengan pentaksub2 dia,menyampah,so sebab dia buat baik,dia boleh tak boleh sop ke?

I pun akan rasa dia buat content pasal covid fighter,geli je

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.116134 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top