YouTuber masakan terkenal, Che Nom di Twitter memberi kebenaran kepada netizen yang ingin menggunakan tip dan resipi masakan yang dikongsinya di YouTube serta platform sosial lain termasuklah untuk tujuan berniaga.
Menyifatkan perkongsiannya selama ini sekadar berkongsi rezeki, jelas Che Nom dia tidak berniat untuk meletakkan tanda dagang ke atas setiap resipinya. Che Nom yang sangat popular dengan gaya masakan seperti ibu-ibu di rumah itu turut membenarkan orang ramai menggunakan wajahnya untuk dijadikan bahan perniagaan seperti pelekat (sticker) atau bunting (banner). Ternyata, ciapan tukang masak itu mendapat pujian serta reaksi positif daripada pengguna media sosial. Malah, ada yang turut mendoakan agar rezeki YouTuber itu terus melimpah-ruah kerana tidak lokek berkongsi ilmu berkenaan masakan.
|
EvieWanKenobi replied at 14-1-2021 11:22 AM
semoga dimurahkan rezeki Che Nom..
tak gila nak bolot semua sorang2 macam.. oppsss..
MissYouSayang replied at 14-1-2021 11:33 AM
Mula2 mmg la ko xkisah sgt sbb belom dikenali ramai. .lama2 mesti ko akan bengang gak bila ramai yg ...
orkid_amani replied at 14-1-2021 02:46 PM
suara she ni monotone yang flat..ngantuk dengaq..macam malaih nak bercakap pun ada..kena ceria macam ...
ADVERTISEMENT