Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat bayi perempuan, dipercayai dibuang oleh ibunya dari tingkat 13 hotel di Jalan Bukit Mata, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mayat bayi baru dilahirkan itu ditemui orang awam, yang kemudian menghubungi polis, 9.20 malam tadi. "Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah membuat siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi, hari ini. Awang Din berkata, susulan siasatan lanjut, remaja perempuan berusia 19 tahun yang disyaki ibu kepada bayi berkenaan ditahan di bilik hotel terbabit, malam tadi.
Katanya, remaja itu dipercayai melahirkan bayi itu di dalam bilik hotel sebelum mencampaknya dari tingkat 13. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut manakala suspek dihantar ke HUS untuk rawatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Scheherazade replied at 14-1-2021 12:54 PM
X boleh ke dia letak kt hatch or depan balai ka, dr campak mcm tu. Maybe dia pun tak tau nk buat cam ...
dua_chzy: Kementerian Wanita tak mau ka wujudkan akta untuk protect anak2 haram ni (daripada dibunuh/dibuang seperti bukan manusia bernyawa) dan hukom mak pak ( ...
dua_chzy replied at 14-1-2021 12:43 PM
Kementerian Wanita tak mau ka wujudkan akta untuk protect anak2 haram ni (daripada dibunuh/dibuang s ...
Scheherazade replied at 14-1-2021 12:54 PM
X boleh ke dia letak kt hatch or depan balai ka, dr campak mcm tu. Maybe dia pun tak tau nk buat cam ...
Tinot7 replied at 14-1-2021 01:44 PM
rasanya depa kena caj dgn akta kanun keseksaan kalau ditangkap.
manjalara_01 replied at 14-1-2021 01:20 PM
U ni skit2 nk salahkan lucifer? Hahaha...
Scheherazade replied at 14-1-2021 12:54 PM
X boleh ke dia letak kt hatch or depan balai ka, dr campak mcm tu. Maybe dia pun tak tau nk buat cam ...
ADVERTISEMENT