CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemarau Yang Teruk, Istanbul Di Turki Dijangka Kehabisan Air Dalam Tempoh 45 Hari

14-1-2021 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9871| Komen: 79



Istanbul mungkin akan kehabisan air dalam masa 45 hari ketika Turki pada ketika ini menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh satu dekad.

Menurut Daily Mail, pembangunan bandar yang luas telah menyebabkan empangan di bandar yang dihuni oleh 17 juta orang itu hampir menjadi kering.

Paras air di empangan Omerli, sumber air utama bagi bandar itu berada pada tahap terendah dalam 15 tahun terakhir dengan kapasiti hanya 20 peratus kerana kekurangan hujan.

Datuk bandar Ankara, Mansur Yavas mengatakan air yang tersisa di empangan dan takungan hanya akan mencukupi untuk tempoh 110 hari sahaja.



Dua bandar terbesar di Turki iaitu Izmir dan Bursa telah menyaksikan empangan masing-masing berada pada tahap hanya 36 dan 24 peratus.

Keadaan sangat ‘mengerikan’ sehingga masjid diminta berdoa untuk hujan pada bulan Disember di bawah arahan Presiden Urusan Agama.

Turki menghasilkan hanya 1, 346 meter padu air per kapita per tahun, menjadikannya negara yang sering kekurangan air.

Ahli akademik di Universiti Teknikal Istanbul berkata bahawa Turki mempunyai iklim separa gersang kerana lokasi geografinya dan mengatakan pengurangan jumlah hutan dan kawasan hijau di negara itu telah menjadikan kemarau lebih teruk.



Sumber: Daily Mail/SiakapKeli
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cenderakirana9 14-1-2021 12:53 PM
Alahai macam2 bencana
Quote zorrro_03 14-1-2021 12:57 PM
liberal laknat mohon masuk sini kejap. bersukur beramai2 atas musibah ini....
Quote Mopiko 14-1-2021 01:06 PM
tanda2 semakin jelas. sungai tigris camno?
Quote nefnefnef 14-1-2021 01:09 PM
Tanda- tanda nak.....
Quote nanies 14-1-2021 01:23 PM
Allahu... moga yg baik2 aja
Quote Decaffeinated 14-1-2021 01:42 PM
Winter ni kurang mandi kan? Jimat2 lah guna air tu...

Kalau haus minum national drink sambil panas kan badan.

Quote tumpanglalu74 14-1-2021 01:45 PM
Edited by tumpanglalu74 at 14-1-2021 01:46 PM
Prostitution in Turkey is legal and regulated. The secularization of Turkish society allowed prostitution to achieve legal status during the early 20th century. Known as "general houses" (genelevler) in the country, brothels must receive permits from the government in order to operate. In turn, the regulatory agencies issue identity cards to sex workers that give them rights to some free medical care and other social services.
https://en.wikipedia.org/wiki/Prostitution_in_Turkey
Quote ChildrenOfBodom 14-1-2021 02:14 PM
bala kerana menzalimi orang2 Kurdish barangkali
Quote Scheherazade 14-1-2021 02:41 PM
Takut bila baca berita mcm ni
Quote AbukRokok 14-1-2021 03:22 PM
ujieh atau bala utk erdog?
Quote rosmahisham 14-1-2021 03:44 PM
Derang ni zmn erdogan je cuba nk jd lebih islamik..pnh dgr tour guide aku dulu ckp derang bulan puasa je solat..mlm raya celebrate dgn arak..pastu dh x solat back to pangai kafirun.pdhal.masjid belambak2 kat sana.wallahualam..
Quote tripleid 14-1-2021 03:56 PM
tingat ummah yg galak mengcashkan israel time teruk kena covid tempoh hari.bila negara sendiri lg teruk kena, terus krik2 dari dok membalakan org..
Quote Orix 14-1-2021 04:00 PM
tripleid replied at 14-1-2021 03:56 PM
tingat ummah yg galak mengcashkan israel time teruk kena covid tempoh hari.bila negara sendiri lg te ...

negara sendiri pulak kena cash dek covid n banjir....
Quote tripleid 14-1-2021 04:04 PM
Orix replied at 14-1-2021 04:00 PM
negara sendiri pulak kena cash dek covid n banjir....

double Cash kekdahnya..
Quote capiloton 14-1-2021 04:37 PM
Mopiko replied at 14-1-2021 01:06 PM
tanda2 semakin jelas. sungai tigris camno?

aku tunggu sea of galilee mengering nih.
tapi dengar cerita air dah penuh balik.
lambat lagi la jawab nya utk Messiah nak keluar
Quote kelapaparut 14-1-2021 05:38 PM
zorrro_03 replied at 14-1-2021 12:57 PM
liberal laknat mohon masuk sini kejap. bersukur beramai2 atas musibah ini....

kan turki negara secular mmg selayaknye cash..
Quote Artemesiaa 14-1-2021 06:05 PM
Sementara tu negara2 belah Asia ada yang dilanda banjir selain ada yang dilanda salji teruk.  Katanya diramal makin teruk menjelang hujung minggu nanti.
Quote Punat_button 14-1-2021 10:03 PM
tumpanglalu74 replied at 14-1-2021 01:45 PM
https://en.wikipedia.org/wiki/Prostitution_in_Turkey

Malaysia lagi terer la...

boleh request macam2 warna tak kena GST. Turki takde kan?


Quote Punat_button 14-1-2021 10:06 PM
ChildrenOfBodom replied at 14-1-2021 02:14 PM
bala kerana menzalimi orang2 Kurdish barangkali

Selangor tu dah berapa kali takde air sebab menzalimi bangla la kot...


Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038697 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top