Di negeri ini, mencari teman wanita adalah jauh lebih mudah daripada mencari pekerjaan. Dalam perhubungan, yang normal adalah satu pasangan lelaki dan satu pasangan wanita. Mungkin untuk perkahwinan, pasangan lelaki dibenarkan untuk berpoligami. Namun dalam hubungan percintaan, jarang untuk lelaki berpasangan lebih daripada seorang. Melainkan jika beliau curang. Lain halnya pula dengan apa yang berlaku di bandar Dongguan, China ini. Memiliki lebih daripada seorang teman wanita adalah normal di sana kerana populasi wanita yang tinggal di sana adalah jauh lebih tinggi daripada lelaki.
Sehinggakan jika lelaki di sana memiliki seorang sahaja teman wanita, ianya merupakan perkara yang memalukan dan akan diketawakan. Kenapa ramainya wanita di Dongguan? Pada tahun 2016, perbandingan dibuat dengan cara 9 lelaki adalah untuk 100 orang wanita. Disebabkan itu jugalah di sana seorang lelaki rata-ratanya memiliki lebih daripada tiga orang teman wanita dan kesemuanya saling mengenali antara satu sama lain. Malah pemilik perniagaan tempatan sendiri lebih percayakan wanita untuk digaji, maka tenaga kerja lelaki tidak berapa diperlukan di sana termasuklah dalam sektor pembuatan. Menjadi lokasi rekomendasi kepada lelaki bujang yang mencari kekasih, ramai yang memberitahu di Dongguan adalah lebih mudah mendapatkan teman wanita daripada peluang pekerjaan. Ramai lelaki di Dongguan hanya bekerja di sektor kasual dan memiliki pekerjaan yang aneh sehinggakan ramai teman wanita memiliki tabiat membayar keperluan kekasih mereka kerana ‘wanita Dongguan tidak perlukan duit, tetapi perlukan lelaki’. Pusat pelacuran terbesar Mendapat beberapa jolokan seperti Amsterdam Timur, bandar s*** dan kilang dunia, Dongguan merupakan pusat industri pembuatan terbesar di China yang mengeluarkan kasut, mainan dan pakaian murah dengan tanda ‘Made in China’. Pada tahun 2012 hingga 2013, industri pelacuran di Dongguan berkembang dengan pesatnya biarpun kegiatan pelacuran diharamkan di China. Sehinggalah selepas digempur secara besar-besaran, industri ini berpindah pula ke operasi ‘bawah tanah’ yang membawa risiko yang lebih besar. Sumber: Independent New York Times The Culture Trip DailyMail Dongguan Odisi.my |
ADVERTISEMENT