CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Tak Belikan Motosikal, Anak Nekad Bakar Rumah

14-1-2021 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1891| Komen: 11



Seorang lelaki di Kabupaten Kulonprogo, Indonesia nekad membakar rumah milik ibu bapanya kerana tidak puas hati keinginannya untuk memiliki motosikal tidak dituruti. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan dari mangsa berusia 45 yang melaporkan rumahnya dibakar oleh suspek yang merupakan anak kandungnya sendiri. 

"Kes ini masih dalam siasatan dan suspek dipercayai anak kepada pemilik rumah itu sendiri," kata Jefry. 

Difahamkan kejadian itu berlaku pada pagi 10 Januari 2021. Pasangan suami isteri berkenaan baru pulang dari bertani mendapati pintu rumah yang dibuat dari kayu dalam keadaan terbakar. 

Mereka mengesyaki individu yang bertanggungjawab di atas kejadian itu adalah anak mereka sendiri kerana sejak dari Sabtu, 9 Januari 2021, suspek berang permintaannya untuk dibelikan motosikal tidak kesampaian. 

Pasangan itu tidak dapat memenuhi permintaan suspek kerana mereka tidak mempunyai wang dan ditambah pula dengan masalah ekonomi. 

Bertindak di atas laporan itu, polis terus menahan suspek dan dibawa ke balai untuk diambil keterangan. 

Suspek mengaku membakar pintu rumah menggunakan daun kelapa kering dan beredar dari tempat kejadian. Bagaimanapun, api tersebut hanya membakar pintu dan tidak sempat merebak ke bahagian lain. 

"Kami sudah mengambil pintu yang terbakar itu sebagai barang bukti," katanya. 

Siasatan lanjut mendapati, suspek memiliki tiga biji pil terlarang. Suspek turut diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan keputusannya adalah negatif dadah. 




Sumber - Agensi/TheReporter


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-1-2021 12:31 AM
X guna punya anakkk
Quote Cocoais 15-1-2021 02:11 AM
Kesian mak ayah nye..kalau tahu kecik2 dah picit hidung tu biar tak bernafas
Quote Perawankota 15-1-2021 03:06 AM
Jahanam punya anak
Quote batu kikir 15-1-2021 07:36 AM
Umur 45.....tak de rasa malu ke......minta duit, minta belikan motor kat makpak.  Kalau OKU tu lain la.
Quote batu kikir 15-1-2021 07:40 AM
Aku silap baca.....mangsa samada ibu atau bapa dia berusia 45 tahun. Maknanya anak tak guna tu umur dia dalam linkungan 20an
Quote iman_kasih 15-1-2021 08:01 AM
Budus punya anak.
Quote Kurex 15-1-2021 05:05 PM
Buncit perut polis
Quote Tinot7 15-1-2021 05:25 PM
saikonya anak mcm ni...
Quote Supersirap 15-1-2021 10:25 PM
Apalah x dapat beli motosikal sampai nak bakar rumah,  otak letak kat mana ni?
Quote Belibis 15-1-2021 11:32 PM
Ambik gambar ajer tak boleh ke?? Tak pasal2 rumah jadi takde pintu.
Quote watymuchaz 28-3-2021 07:32 PM
Anak hantu.. Kdg mak bapak masa kecik manjakan sangat anak. Semua keinginan dituruti. Pastu ank jadik setan, pasru amek plk benda terlarang

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.174761 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top