CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tak Puas Hati Premis Makanan Tutup Pukul 8 Malam

15-1-2021 12:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14666| Komen: 165


Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.



KUALA LUMPUR – Nampaknya tidak semua setuju dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini terutamanya soal premis makanan ditutup pukul 8 malam.

Rasa tidak puas hati itu dapat dilihat dalam ciapan dan hantaran di media sosial terutama kepada peniaga dan penghantar makanan.

Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.



Bagi mereka premis makanan ditutup pukul 8 malam itu terlalu awal terutama di kawasan bandar dan Lembah Klang.

Ada juga merungut kerana premis pandu lalu restoran makanan segera sudah tutup pintu pukul 8 malam.

Bagi mereka peraturan itu tidak kena kerana arahan supaya restoran tidak membenarkan orang ramai duduk makan dalam premis sudah memadai.

Ada berpendapat lebih baik peraturan membenarkan premis makanan beroperasi sampai pukul 12 tengah malam kerana ia memudahkan orang ramai, peniaga dan mereka yang cari makan menjadi penghantar makanan seperti sebelum ini.

Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.


“B*d*h punya Gov, apa issue tutup kedai jam 8pm. Walhal bukan boleh dine in pun. Trust me they’ll change to 12am back later. Setahun Covid19 pun takda perancangan tetap. St*p*d,” kata seorang netizen, Nabil Halimi.

Bagi seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Z, peraturan itu memberi kesan buruk kepada peniaga sepertinya.

“Salam yb Dato Sri @IsmailSabri60. Kami peniaga terkesan dengan waktu penutupan awal 8pm. Pelanggan kebanyakan baru nak order pukul 8. Kalau sekurang kurangnya dibenarkan sampai 10pm dapat banyak perbezaan. Kami peniaga dan rider patuhi SOP tiada dine in. Minta dipertimbangkan,” katanya.

Apa yang pasti, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara sudah pasti ada sebab menguatkuasakan peraturan untuk PKP 2.0 terutama dalam suasanan penularan Covid-19 semakin bermaharajalela.

Bagaimanapun, suara rakyat dan orang ramai – lebih-lebih lagi yang terkesan dengan norma baharu itu perlu didengari dan mungkin ada penyelesaian terbaik sepanjang tempoh dua minggu PKP diadakan ini.



Sumber - MalaysiaGazette
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 15-1-2021 12:28 AM
Masakla sendiri rumah
Quote chinta89 15-1-2021 12:30 AM
Cuba mkn awal wahai pembeli n penjual supaya kawal berat bdn masing2. Ape yg susahnya 2 mgu je pun cuba tahan sket bkn x blh bniaga langsung.
Quote Normabaru 15-1-2021 01:26 AM
Rakyat ni semua nak ikut mudah dia jekkkk
Dah bagi jimba2 isinar mora pon masih kena hambur stupid gomen
Cer Pee esh yang pegang?

Tak pun cer p duduk negara lain
Silap hb farmasi dgn shop brgn runcit je bkak. Tu pon sekerat hari

Lockdown biasa kedai makan tutup terus tau takkkkk? #xbersyukur betul
Quote rogayahtop 15-1-2021 01:29 AM
Lmao tak semua org wfh dik non. Jalan at kl selangor ni banyak je yg jammed mcm biasa balik kejer.

Mmg ngok sgt tutup pukup 8. Lagi la sesak manusia beratur kat restoran, dgn delivery lg. Dah take away bukak je la takde risk makan kat oudoor tak bermask yg org dok risau sgt. Padahal yg lagi bahaya indoor beraircond tu taknak pulak banned masa bukan PKP pun.

Quote orkid_amani 15-1-2021 01:39 AM
me pun terkejut smlm hubby cakap pizzahut dah tutup..dy balik reja singgah nak beli pizza. tutup.. gila awai kedai pukoi8 dah tutup..
Quote anony-mous 15-1-2021 01:41 AM
Kalau nk tutup lmbat baik xpyh pkp. Bila dah tutup lmbat, sng la nk lepak mlm2 kan?? Beli la awal lps tu mkn. Mengada2 la
Quote rocksteady 15-1-2021 01:48 AM

manjanya yang dok merengek tutup awal..dah terbiasa hidup senang macam ni la.

tak faham ke kita dalam musibah sekarang ni. belum lagi perintah berkurung tentera. ramai yg lahir2 dah senang tu jadi lembik dan kuat komplen. benda senang pun tak boleh nak urus.. dah tau tutup awal beli la siap2 sebelum tutup.. online pun boleh apa lagi alasan, nak ngan tak nak je
Quote mrsamz 15-1-2021 01:52 AM
Alahai..tak mati pun kalau x sempat makan pukul 8...puasa je la satu malam..esok pagi2 subuh tunggu la depan kedai beli makan..
Quote rogayahtop 15-1-2021 02:11 AM
Mmg tak mati tak makan semalam.tp anak2 perut kena sumbat kalau tak meragam mlm2 menjerit mulalah org ingat anak kena dera lmao.

Kalau nak melepak malam2 tak perlu makan pun boleh je pusing2 kl ronda dengan laki tp org balik keje nak makan lepas tu kedai dah tutup. Tak ke bongok tak ada risiko kedai bukak sampai pukul berapa pun kalau boleh take away je, follow SOP pakai mask social distancing tu.

Ni kilang yg paing banyak kluster tu elok je pulak bukak 24 jam.

Quote LoveSungmin 15-1-2021 02:19 AM
Makan la awal.. Order pukul 6 lepas tu makan sebelum pukul 7.. Kalau lapar lagi, sediakan je snek macam biskut or buah.. Apa yang susah sangat? Mengada2 betul la yang banyak komplen ni..
Quote Perawankota 15-1-2021 03:05 AM
Nasib baik aku masak sendiri. Tapi time2 PKP ni lah mengidam macam, nak makan latok lah, apalah.. Bila time senang nk carik, x nk pulak p beli.
Quote lemak_masin 15-1-2021 03:07 AM
Aku sokong je kedai bukak sampai kul 10 mlm.. asalkan semua kene bungkus la.. sebab kul 8 tu mcm awal sgt jugak.... org bujang bukannye masak.. kadang dapur pun takde.. sian gakk.. malam2 lapo..
Quote lattehazelnut 15-1-2021 03:43 AM
Edited by lattehazelnut at 15-1-2021 04:35 AM

Rindunya makan kat insaf..

Kalau order makanan pukul 7pm dah xboleh order dah.. i rasa kalau pegi restoran nak tapau pun 7.30pm paling lewat pun..
Bukan pukul 8pm boleh dtg n order lg..

Lepas tu makan awal, malam sikit lapar balik.. sekian..
Quote faraway1 15-1-2021 05:33 AM
Sini 8 malam dah curfew.

8.01 masih kat luar, sediakan aje duit antara seribu ke 6 ribu dollars bayar denda.

Best curfew, selepas 8 malam, sunyi sepi tanpa bunyi kenderaan...
Quote ina_na 15-1-2021 06:00 AM
Oder la foodpanda awal2.. Kul 6 tu ke.. Adoii la.. Jiran2 aku ramai bt mcm ni.. Kul 5 atau 6 dia org dah oder foodpanda tuk mkn tgh mlm.. Pizza la, mcd la, KFC la, mcm2 la.. Start kul 11 pg dah pin2 tuk lunch.. Gan kul 5 atau 6 petang.. Rancak oooo.. Seronok lak tgk
Quote drivethru 15-1-2021 06:04 AM
Gerai burger area aku ni, meriah lagi lepas kul 8.
Quote ultra78 15-1-2021 06:59 AM
Org Malaysia jenis makan malam lewat. Ini amalan kurang sihat.
Quote dizekni 15-1-2021 07:05 AM
Makan malam paling ideal antara pukul 6 dengan pukul 8 je

bewak mana pulak yang tak puas hati tu

sekolah ke tak
Quote Tinot7 15-1-2021 07:09 AM
chinta89 replied at 15-1-2021 12:30 AM
Cuba mkn awal wahai pembeli n penjual supaya kawal berat bdn masing2. Ape yg susahnya 2 mgu je pun c ...

Tak rasa utk 2 minggu je

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051848 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top