CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Letih Dan Mengantuk, Suami Sakit Kepala”-Sasha Saidin Alami Alahan Selepas Suntikan Vaksin Covid-19

15-1-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13594| Komen: 63

Selepas 21 hari menerima suntikan pertama, pelakon dan penyanyi Sasha Saidin memaklumkan dia serta suaminya iaitu Sirhan Wahab sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm dengan mengambil dos kedua pada Rabu.


Ujar pelakon berusia 45 tahun berkenaan, dia menerima suntikan dos kedua yang merupakan booster atau penggalak itu di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite turut berkongsi keadaan dia dan suami yang berasa letih dan mengalami sakit kepala selepas menerima suntikan tersebut.

Foto: IG

"Alhamdulillah semalam Sirhan dan saya sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama di Hospital Emirates Field di UAE.


"Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada (berfungsi sebagai) booster (penggalak) dan lebih 'ringan' berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini.

"Sebaik pulang ke rumah dari pusat vaksin, saya berasa letih dan mengantuk manakala Sirhan sakit kepala. Namun selepas makan ubat paracetamol dan tidur sekejap, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali okay seperti biasa.

"Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain. Kami sudah kembali menjalani rutin seperti biasa hari ini (Khamis)," katanya.



Kakak kepada pelakon Zain Saidin ini berkongsi pengalaman tersebut menerusi laman Instagram.

Sasha dan suaminya yang juga ahli perniagaan itu kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.

Dalam pada itu, Sasha mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan UAE yang berterusan bertungkus lumus melawan pandemik Covid-19.


Malah, Sasha juga mengagumi kerja keras barisan hadapan iaitu doktor, jururawat dan petugas kesihatan di hospital tersebut yang masih mampu melakukan tugas dengan baik biarpun dalam keadaan kepenatan.

"Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada @ministryofhealthuae yang bertungkus lumus melawan pandemik serta menyediakan vaksin percuma untuk seluruh penduduk di UAE.


"Dua kali pergi hospital itu, kami melihat doktor, jururawat dan petugas di sana dalam keadaan keletihan menguruskan beribu pesakit setiap hari namun masih tetap menjalankan tugas dengan baik.

"Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bekerja keras membantu menghasilkan vaksin dan terima kasih atas doa anda semua serta kami juga mendoakan anda dalam keadaan baik," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 15-1-2021 01:50 PM
dh tu acik2 kat melesia ni nk kena mggelabah teksssss ke tak dgn berita ni??
Quote prettyuglybabe 15-1-2021 01:53 PM
ingatkan dia dah bertudung..
Quote kakakpositifker 15-1-2021 02:02 PM
muka dia macam muka akak waktu akak kecik dulu. sekarang akak dah besar. muka akak lebih ke arah muka akak masa kecik dulu.
Quote Wimoon 15-1-2021 02:27 PM
Off topic. Anak dia tak ikut sekali tinggal dgn dia ke?
Quote Kurex 15-1-2021 02:27 PM
Lepas vaksin yerus kembali kepada rutin lama ye? Btw aku tak faham jenis manusia yg suka hastag panjang2 ni
Quote newyork 15-1-2021 02:27 PM
Tak balik jenguk or amik anak ke sasha..
Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 02:31 PM
ok noted.. retis sakit kepala ambik vaksin pun ada thread..
Quote Meiizu 15-1-2021 02:32 PM
Org putih ni masa budak2 / teenagers muka matang dari usia
Tapi bila dewasa ke tua...depa nmpk wajah "dewasa" lama.
Kenapa kita org malay muka cepat tua..masuk 50 smua sakit badan,lutut lenguh?
Nak tgok org 60an beriadah pun tak ramai
Ke i salah buat observation?
Quote hanezzafirah 15-1-2021 02:38 PM
dia nak bagi tahu 1 malaysia, dia la ARTIS MALAYSIA pertama yang dah amik VAKSIN COBET..puihhh
Quote Tukul.Besi 15-1-2021 02:41 PM
newyork replied at 15-1-2021 02:27 PM
Tak balik jenguk or amik anak ke sasha..

Border masih tutup kan
Quote newyork 15-1-2021 02:45 PM
Tukul.Besi replied at 15-1-2021 02:41 PM
Border masih tutup kan

Bukan boleh ka contoh mcm si illi  gi India kawin sana.. member aku pun  ada yg balik ke filipina . Kena buat surat la and kena quarantine..
Quote Tukul.Besi 15-1-2021 02:47 PM
newyork replied at 15-1-2021 02:45 PM
Bukan boleh ka contoh mcm si illi  gi India kawin sana.. member aku pun  ada yg balik ke filipina  ...

Maybe shasha x buat surat. Lagipun xde keperluan pun nk balik Malaysia kalau x penting. Anak dia parents dia yg jaga. Sekolah pun kat Malaysia. Boleh je vc anak tetiap malam.
Quote slyfynx 15-1-2021 02:51 PM
Bijik ape hashtag tulis ayat merapu.
Hashtag tu supaya org sng cari post.
Letak jenama baju ke, atau jenis gambar ke.
ni tak, buat ayat mcm orang bodoh
Quote shernazz 15-1-2021 02:54 PM
Let it gooo
Let it gooooo...
Quote nanies 15-1-2021 03:09 PM
slyfynx replied at 15-1-2021 02:51 PM
Bijik ape hashtag tulis ayat merapu.
Hashtag tu supaya org sng cari post.
Letak jenama baju ke, at ...

tp tin vy pun rajin gak buat hashtag merapu
Quote Nenasketum 15-1-2021 03:37 PM
Aku tunggu jer dia cerai skali lagi, asben dia ni macam ada kes kan? Jahat lah aku time2 covid nij.
Quote newyork 15-1-2021 03:45 PM
serius aa bab2 anak ni biar dekat dr dok VC ja..kesian jugak tgk anak dia.bapak jauh di indonesia, mak pulak tinggal ,kawin baru, .. kurang bonding lah jadinya.
Quote Tinot7 15-1-2021 03:49 PM

dah lama tanggal
Quote Manjahati 15-1-2021 03:52 PM
Rupanya Acik shasha dh dok abu dhabi ye...

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044865 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top