Ramai penduduk Jepun dilihat tidak mengikut arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah. Usaha kerajaan Jepun memperluaskan perintah darurat kepada tujuh wilayah, dilihat tidak memberi kesan menyeluruh dalam usaha menghentikan penularan Covid-19.
Orang ramai masih dilihat berada di tempat awam dan pengangkutan awam masih menerima jumlah penumpang yang ramai. Namun, mereka yang keluar tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka. Perintah darurat di Jepun kini diperluaskan kepada tujuh wilayah lain selepas beberapa wilayah terjejas teruk akibat virus itu meminta kerajaan mengeluarkan perintah darurat negeri. Langkah itu yang berkuat kuasa pada Khamis hingga 7 Februari ini antara lain mengarahkan bar dan restoran tutup pada jam 8 malam. Sumber: AWANI
|
alieyrina replied at 15-1-2021 03:15 PM
Jepun gila keja kut..mcm mana suruh depa duk rumah..
zjen replied at 15-1-2021 05:41 PM
displin deols kat tempat kerja, xleh pasal COVID nak ada niat malas kat rumah, lagipon rumah org ...
Amigurumi replied at 15-1-2021 07:20 PM
Jepun punya kedai makan pun tutup pukul 8pm
uori replied at 15-1-2021 05:46 PM
sesak nafas nengok rumah memasing, punyalah kecik
ADVERTISEMENT