CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19 Di Indonesia Semakin Membimbangkan, Hampir 13,000 Kes Sehari

16-1-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3891| Komen: 28





JAKARTA, 15 JAN: Jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan membimbangkan apabila merekodkan kes baharu melepasi angka 12,000 kes untuk tempoh 24 jam.

Selepas mencatatkan 11,557 kes semalam, jumlah kes hari ini direkodkan tertinggi setakat ini apabila mencatatkan 12,818 kes baharu.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 882,418 kes, manakala jumlah keseluruhan kematian bertambah kepada 25,484 orang selepas merekodkan 238 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 220,434 kes manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan iaitu 6,779 orang.




Sumber – BERNAMA
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-1-2021 01:30 PM
Kesian..begitulah nasib negara negara miskin....vaksin pon dapat hujung hujung je..bertabahlah indonesian...walaopon selalu nak ganyang malaysia..meols tehtap doakan warga indon dilindungi..dr kovid gempabumi kapal terbang terhempas..amin
Quote Tinot7 16-1-2021 01:46 PM
harap2 pandemik ni berakhir cepat.
Quote buapakperut 16-1-2021 01:55 PM
tapi dorang pun macam tak heran covid, selamba ja berasak2 beramai bersuka sukaan
Quote idril 16-1-2021 01:58 PM
iols terpaksa bimbangkan keadaan di malaysia dulu sebelum bimbang kan keadaan di indon
Quote asyriqa 16-1-2021 01:59 PM
Kesiannya indo dah la covid mencanak dgn gempa lagi..bertabahlah korang
Quote ifanonline 16-1-2021 02:01 PM
kerajaan depa lagi takleh control
Quote per706 16-1-2021 03:22 PM
Tgok statistic antra negara pon dekat nk sejuta...depa pon rmai rakyat plak...hurmmmm
Quote MissVixen 16-1-2021 03:39 PM
Kita pun dah nak jadi macam indon dengan anti vaksin, teori konspirasinya. Indon ni tambah pulak dengan gunung berapi dan gempa bumi.
Quote darkness 16-1-2021 03:58 PM
MissVixen replied at 16-1-2021 03:39 PM
Kita pun dah nak jadi macam indon dengan anti vaksin, teori konspirasinya. Indon ni tambah pulak den ...

Jgn lupa, kes kita naik pun dr kluster pendatang indon
Quote orgsepang 16-1-2021 04:09 PM
Diaorang tak heran dengan bencana dan kematian sebab dah biasa. Menangis sakan sehari dua lepas itu hidup diteruskan seperti biasa. Bercerita pasal bencana pun macam warga forum membawang saja.
Quote AbukRokok 16-1-2021 04:12 PM
walaupun begitu berjaya manarik pelaburan asing
ada bnda kalah ada benda menang
sini semua tak menang
Quote alesandra 16-1-2021 04:48 PM
AbukRokok replied at 16-1-2021 04:12 PM
walaupun begitu berjaya manarik pelaburan asing
ada bnda kalah ada benda menang
sini semua tak me ...

haritu aku baca amazon masuk indon tu sektor apa ye?e-commerce ke?
Quote bakingsoda 16-1-2021 06:18 PM
idril replied at 16-1-2021 01:58 PM
iols terpaksa bimbangkan keadaan di malaysia dulu sebelum bimbang kan keadaan di indon

tu la kosser aku nak pikir indon bpe kes, baik risaukan negara sendiri
Quote damsel_fiji 16-1-2021 06:20 PM
Malas nk fikir masalah negara org dek.. dgrnya harini malaysia punya kes 4k lebih .. betul ke idok??
Quote damian_lee 16-1-2021 06:30 PM
Hari ini melebihi 14k
Dijangka ini bukan angka sebenar
Sebb ada beberapa nombor yang dilaporkan tidak dimasukkan dalam laporan harian dan ada juga kes positive yang tidak dilaporkan ke kementerian kesihatan

Selain itu
Ada beberapa hospital tidak berkongsi data dengan data pusat

Quote Skuau 16-1-2021 06:35 PM
idril replied at 16-1-2021 01:58 PM
iols terpaksa bimbangkan keadaan di malaysia dulu sebelum bimbang kan keadaan di indon

Aku...bimbang drng ni cuba nak masuk secara HARAM ke Malaysia...kan ada cubaan tu.
Quote farhani87 16-1-2021 06:59 PM
Walaupun kes banyak tapi tak semua tempat rasanya. Haritu tanya kat cleaner opis. Dia kata kat kampung dia aman aman jer. Takda kes pun. Solat Jumaat pun macam biasa jer.
Quote ninja boy 16-1-2021 07:30 PM
Kesian doctor2 hospital
Biarla populasi menurun
Manusia terlalu ramai dpt air bersih tanah kurang sampah
Quote caprut 16-1-2021 07:35 PM
ninja boy replied at 16-1-2021 07:30 PM
Kesian doctor2 hospital
Biarla populasi menurun
Manusia terlalu ramai dpt air bersih tanah kuran ...

I like this.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.133056 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top