CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Kalau Dah Vaksin, Kenapa Kena Pakai Mask, Ikut SOP Lagi?” Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan

16-1-2021 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2909| Komen: 5




Isu vaksin COVID-19 semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini. Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, Malaysia akan mula menerima bekalan pertama vaksin Pfizer sebanyak 12.8 juta dos pada akhir Februari akan datang.

Sebanyak tiga fasa vaksinasi akan diberikan secara percuma kepada 70 peratus rakyat Malaysia melalui Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bagaimanapun, pelan ini menjadi perdebatan sebahagian individu yang skeptikal terhadap pemberian vaksin. Ada yang mempertikaikan keberkesanan vaksin dan mendakwa jual beli produk ini hanya bertujuan untuk keuntungan sesetengah pihak. Malah, ada antara mereka yang berani menyanggah pendapat ulama, mufti serta pakar perubatan sendiri.

Antara soalan yang ditimbulkan adalah mengapa perlu memakai penutup muka walaupun selepas suntikan vaksin, adakah ianya tidak berkesan?

Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita baca penjelasan Dr Malar Santhi di bawah.

“Kalau dah vaksin, kenapa kena pakai mask? Kenapa masih kena kekal kan penjarakkan sosial? Kenapa kenapa kenapa?”

Bertubi tubi soalan ni. Dekat Facebook ditanya, kat Whatsapp pun tular. Penat dah saya nak jawab. Izinkan saya terangkan sedikit sebanyak.

Lepas disuntik vaksin, kita kena tunggu badan bertindakbalas dan menghasilkan antibodi. Dalam kes COVID-19, ada jenis yang perlukan 2 dos vaksin. Selepas menerima vaksinasi yang lengkap, kita kena tunggu respon imun dari badan si penerima. Itu untuk seorang individu.

Lepas tu, kita kena tunggu rantaian jangkitan ini diputuskan, dengan kata lain imuniti kelompok (herd immunity) perlu dicapai. Ini pula untuk masyarakat.

Bila jangkitan dalam masyarakat semakin berkurang, rangkaian jangkitan semakin putus, COVID-19 bukan lagi wabak. Baru lah kita boleh fikir untuk kembali ke norma sediakala kita. Baru lah pihak berkuasa akan bincang balik.

Berapa lama? Saya tak tahu. Bergantung kepada peratus orang yang divaksin, dapat tak capai 80%, atau lebih rendah dari itu.

Dan macam-macam faktor lain. Mudah-mudahan cepat. Kalau agak lama, kita masih kena tunggu dengan sabar. Apa-apa pun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan update kepada kita semua. Perlu sabar sahaja.. Sabar kan sebahagian dari iman?

Ke yang bertanya ni jenis yang hari ni nikah, esok nak beranak terus?




Sumber: Dr Malar Santhi Santherasegapan, Kementerian Kesihatan (KKM)/SiakapKeli
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-1-2021 09:54 PM
Tolol nya sapa yg tanya tu. Vaksin tu bukan penawar.
Dia inject the same virus kedlm badan kau, tapi virus yg lemah. Jadi badan kau membina antibody melawan virus tu. Oleh sebab virus tu lemah gemalai, badan kau kuatlah menentang virus tu, sekaligus memberi "memory" kpd badan kau cara utk melawan virus tu, kalau dia dtg lagi.
Taklah badan kau culture shock menggelupur mcm SSKJP masuk KL, bila virus datang FULL ON. Erti kata lain, bila virus tu yg kuat punya, masuk badan kau, badan kau ada memory dah utk melawannya. Kesan drpd lawan yg lemah gemalai tadi tuuuu. Taklah kojol kau nanti.
Ada fahammmmm?
Quote reddots 16-1-2021 10:20 PM
Ni mcm kes baru2 ni kat indon.

Semalam kecoh kat socmed sebab Raffi Ahmad tu lah.. x sedar diuntong.. dh lah diberi penghormatan antara yg terawal disuntik vaksin bersama2 ngan Pak Jokowi.. x sampai beberapa jam, dh berjimba ria pergi parti.

Kecoh sebab dia abaikan protokol kesihatan kat sana. X pakai masks , no physical distancing.. pastu sebagai influencer Raffi memberi kn contoh yg buruk.

Raffi di jemput utk  mendptkn suntikan awal sebab dia antara artis yg paling berpengaruh kat sana. Tp sekira nya badan dia memberikan negatif reaction  pada vaksin, kepercayaan rakyat utk ambil suntikan tersebut menjadi gagal. Itu yg di takuti.
Quote Artemesiaa 17-1-2021 10:55 AM
Dah nama pun bukannya ubat pastinya masih tetap kena ikut sop juga.
Quote Itzy 17-1-2021 08:32 PM
reddots: Ni mcm kes baru2 ni kat indon.Semalam kecoh kat socmed sebab Raffi Ahmad tu lah.. x sedar diuntong.. dh lah diberi penghormatan antara yg terawal disu ...


Dia dijemput sebab nak beri contoh dan tarik minat rakyat indonesia untuk terima vaksin sebab kat sna pun ramai antivaksin dan ragu2 cam di malaysia. Kesian artis jadi bahan uji kaji hahhaha. Apa yang pasti aku nak tengok dulu vaksin ni kot2 ada kesan effect buruk, mati kalau jadi penyakit pelik2, sawan, jadi tarik kejang cam mayat hidup etc. Kena tunggu dan lihat dulu.
Quote Itzy 17-1-2021 08:34 PM
Artemesiaa: Dah nama pun bukannya ubat pastinya masih tetap kena ikut sop juga.


Vaksin adalah sejenis ubat dicampur dengan virus yang dilemahkan untuk buat badan bentuk antibodi hasil lawan virus yg lemah tu, kalau tak silap ada baca kat satu website omputih tu.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.087120 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top