CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Bangga, Pakai Baju Kurung Setiap Hari" - Tunku Azizah Perli Pereka Belanda?

17-1-2021 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13583| Komen: 109

Isu 'baju kurung' menghangatkan media sosial sejak beberapa hari ini, semuanya gara-gara tindakan seorang pereka Belanda yang mengeluarkan kenyataan kurang tepat bersabit pakaian tradisional berkenaan.



Artikel tular yang menjadi perdebatan ramai. (Foto: Thomas Bird)

Menerusi South China Morning Post (SCMP), pengasas jenama Nala Design yang berpangkalan di negara ini, Lisette Scheers melahirkan pandangannya yang mahu baju kurung kembali digayakan di Malaysia dan mahu orang Melayu berpakaian cantik.

Lisette juga berkata dia kini sedang 'berjuang' untuk memastikan pakaian tradisional itu tidak hilang ditelan zaman.

Susulan kenyataan tersebut, ramai rakyat Malaysia memberi maklum balas mereka di media sosial dan menyatakan kenyataan pereka berkenaan sama sekali tidak tepat.


Kredit foto: IG naladesigns


Kredit foto: IG

Ini kerana menurut mereka, baju kurung masih lagi digayakan oleh rakyat di negara ini malah dapat dilihat sehingga hari ini di mana ramai wanita bangga menyarungnya untuk ke tempat kerja, selain menghadiri upacara kenduri dan sebagainya.

Isu berkenaan turut menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Kredit foto: IG RPA

Menerusi laman Instagram, Tunku Azizah menulis ringkas dengan menyatakan baju kurung adalah busana kegemarannya.

"Saya memang pakai baju kurung setiap hari... baju kurung Johor. Dan saya bangga dengan baju kurung jahit tangan saya... baju kurung teluk belanga. Ya saya sangat setuju, menjadi tradisional dan bangga dengannya," tulis baginda.

Rata-rata netizen turut sama bersetuju dengan pandangan baginda, malah mereka juga sering menggayakan baju kurung sama ada setiap kali perayaan, majlis dan juga dijadikan busana ke tempat kerja.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 18-1-2021 12:03 AM
Minah ni penah keluar station tv kerajaan. Dia ckp org luar dtg msia tak heran der dgn souvenir barang2 mcm wayang kulit ke, wau ke, gambar2 ke. Instead, dia ckp org byk beli baju atau kain. Which bagi I mmg agak offensive la sebab masa dia kata foreigner tak heran dgn barang2 bersejarah kita utk jd souvenir muka dia menganjing sgt!
Quote rookiecake 18-1-2021 12:10 AM
mawardia: Minah ni penah keluar station tv kerajaan. Dia ckp org luar dtg msia tak heran der dgn souvenir barang2 mcm wayang kulit ke, wau ke, gambar2 ke. Inste ...


We don’t need white saviors. You can keep your crusade! Yang kelakarnya baju kurung is associated with modesty tetapi her collections of baju kurung langsung tak modest.
Quote cepheid 18-1-2021 12:17 AM
mawardia replied at 18-1-2021 12:03 AM
Minah ni penah keluar station tv kerajaan. Dia ckp org luar dtg msia tak heran der dgn souvenir bara ...

Teruknya. Keluar kat mana? Selamat pagi Malaysia ke?
Quote mawardia 18-1-2021 12:21 AM
cepheid replied at 18-1-2021 12:17 AM
Teruknya. Keluar kat mana? Selamat pagi Malaysia ke?

Serious I tak ingat rancangan apa. I rasa dua tahun lepas kot I tgk kat tv.
Quote depresio 18-1-2021 12:38 AM
Masalahnya ko ni saper?
Who are you??
Quote honeybee1802 18-1-2021 12:44 AM
mawardia replied at 18-1-2021 12:03 AM
Minah ni penah keluar station tv kerajaan. Dia ckp org luar dtg msia tak heran der dgn souvenir bara ...

Statement beli baju or kain sbb dia kan buat kain n baju..haha...ptt le ada perumpamaan melayu bagai belanda dpt tanah ke apa tu...
Quote xemo 18-1-2021 12:54 AM
orang belanda kah?

daripada sebok2kan orang melayu tak pakai kurung sana sini baik ko perjuangkan & kesahkan orang2 ko tak pakai wooden clogs sana sini, ini takat gantung kat dinding jah!
Quote mbhcsf 18-1-2021 01:22 AM
ewah ewah  = baca banyak lagi ye, belajar dari Snouck Hugronje you all tu...depa lagi tahu pasal alam melayu berbanding dengan si ? Dutch Lady  ni ..

daripada do gaduh seni warisan baju kitaorg why dot dia inculcate trend yg sama di sana?.

Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 01:26 AM
Your mother is green dasar ayam belanda x sedar diri
Quote Tinot7 18-1-2021 07:23 AM
mawardia replied at 18-1-2021 12:03 AM
Minah ni penah keluar station tv kerajaan. Dia ckp org luar dtg msia tak heran der dgn souvenir bara ...

omputih jarang beli souvenir laa... depa sengkek... yg rajin beli souvenirs ni org asia sbb nak bagi sedara mara sumer... itu bezanya.. kain baju pun sumer depa tak beli laa... sbb bkn budaya mereka utk memberi kecuali masa menyambut perayaan krismas. itupun depa bg stokin jahh.. contoh brg depa bg la..
Quote jureencute 18-1-2021 07:42 AM
Tinot7 replied at 18-1-2021 07:23 AM
omputih jarang beli souvenir laa... depa sengkek... yg rajin beli souvenirs ni org asia sbb nak ba ...

Btol tu..dulu aku g maldives ada 1 mat salleh ni pelik knp aku beli mangkuk n keychain utk mak aku. Drp perbualan ktorg aku dpt rasakan dia ni sengkek. Hahaa. Tapi sbenanya mat salleh mmg bukan budaya diaorg beli souvenir bagai kalau g nelancong
Quote Tinot7 18-1-2021 07:49 AM
jureencute replied at 18-1-2021 07:42 AM
Btol tu..dulu aku g maldives ada 1 mat salleh ni pelik knp aku beli mangkuk n keychain utk mak aku ...

itu sbbnya tak guna minah ayam belanda ni habaq omputih beli kain baju... kain baju pun depa tak beli byk2. takat sehelai T-shirt atopon pareo utk pakai sendiri.. lain la mcm org asia, semua benda dibeli utk kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai. org asia yg kaki beli pun, sbnrnya org mesia je... hahahaha...
Quote me12345 18-1-2021 07:54 AM
Eventho sbg business person dia x seswai ckp gitu but si lisette ni indirectly nk ckp kebykan clients or org pompuan malaysian yg dia kenal mmg x suka berbaju kurung...lebih western drpd dia . Sentap minah minah urban...
Quote mawardia 18-1-2021 08:37 AM
Boleh baca kat sini. FB users yg kenal ex staff dia bgtau yg dia jenis toxic, panggil staff monkey, lempar barang , etc.

[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3751896771514197&id=217391881631388[/fbp]
Quote cmf_raudah 18-1-2021 08:40 AM
Gi laaa opis gomen besepah2 pakai baju kurung sampai juling Mata kooo
Quote annehuda 18-1-2021 08:47 AM
mawardia replied at 18-1-2021 08:37 AM
Boleh baca kat sini. FB users yg kenal ex staff dia bgtau yg dia jenis toxic, panggil staff monkey,  ...

kat mane takde link pun
Quote annehuda 18-1-2021 08:48 AM
btw die ni pun jual baju traditional jugak. katenye sepasang baju kurung sampai rm500. sapelah nak beli kalau ada pilihan lain yang lebih murah
Quote mbhcsf 18-1-2021 08:50 AM
cmf_raudah replied at 18-1-2021 08:40 AM
Gi laaa opis gomen besepah2 pakai baju kurung sampai juling Mata kooo

yg nak tergelak tu cuture dia sendiri dia tak nakkisah dengan hlangnya unsur tradisi dalam berpakaian pada western eu...homogenised je...tu datang far east macam nak ajaq org sini , macam tak reti nak preserve, hello berlambakje butik butik...
Quote mawardia 18-1-2021 08:50 AM
me12345 replied at 18-1-2021 07:54 AM
Eventho sbg business person dia x seswai ckp gitu but si lisette ni indirectly nk ckp kebykan client ...

Hahahaha jgn tak tau, jeneral minah urban iaitu jesline hashim dan timbalan dia hunnymadu pun tegur makcik dutch ni. Lol!

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.078185 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top