Jasmine Suraya bersedia untuk melakonkan babak panas dalam mana-mana drama atau filem sekiranya diberi peluang. Perkara tersebut diakui sendiri oleh pelakon yang kini popular menerusi drama Bidadari Salju itu dalam segmen soal jawab bersama pengikut Instagramnya.
Jawapan tersebut diberikan selepas seorang pengikut bertanyakan soalan: “Saya terfikir sama ada awak sanggup melakukan babak panas dalam drama atau filem.” Jawab pemilik nama penuh Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu, dia bersedia melakukan aksi tersebut sekiranya babak berkenaan wajar dipersembahkan kepada penonton dalam sesebuah drama atau filem. “Ya, saya akan lakukan sekiranya babak tersebut wajar dan memberi impak terhadap jalan cerita,” tulisnya. Lebih mencetuskan kehangatan, pelakon berusia 32 tahun itu turut memilih pelakon kacak Remy Ishak sebagai pasangan untuk melakonkan babak panas berkenaan. “Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Remy untuk menjayakan babak tersebut dengan saya,” katanya ringkas. Baru-baru ini, lakonan Jasmine sebagai watak penggoda bernama Jeannie dalam Bidadari Salju antara yang memberi impak sehingga dia menerima ugutan bunuh dan disimbah asid daripada penonton drama berkenaan.
|
sharlenetexas replied at 18-1-2021 12:46 AM
Sheols bajet lagi hot dari scene juliana hana dengan aqasha ke? Filem apa tak ingat. Rempit kot.
CiliPadiSedap replied at 18-1-2021 12:42 AM
Habis @Kurex nak letak mana?
ADVERTISEMENT