Penyanyi Wani Kayrie, 21, menegaskan dia takkan lagi bersedih mahu pun menutup seketika akaun media sosialnya jika menerima sebarang kecaman yang teruk daripada netizen selepas ini.
Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berkata dia yakin diri semakin matang dan mampu mengendalikan emosi sebaik mungkin apabila berhadapan dengan setiap kecaman mahu pun kritikan pedas itu. "Saya pasti, diri makin matang dan semangat pun kental. Namun, tak dinafikan pada tahun lalu saya pernah menutup akaun Tik Tok seketika kerana terlalu sedih dan tidak kuat emosi menerima kritikan netizen yang mengecam video tarian saya dengan mekap gelap hingga mencetus kontroversi dan tular. "Apa pun, untuk tahun ini sekiranya saya berhadapan lagi dengan kecaman teruk sebegitu, biarlah dengan apa yang mereka (netizen) nak kata. Saya tak mahu mempedulikannya lagi.
"Malah, meski berdebar menunggu reaksi penonton untuk lakonan saya sebagai Fatin yang antogonis dalam drama Melastik Ke Hatimu yang disiarkan TV3 nanti, saya sudah bersedia," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT