CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Tak Cukup Makan Dalam Penjara, Lelaki Seludup Masuk Samosa Dalam Punggung

18-1-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2688| Komen: 17

Polis United Kingdom berkongsi pengalaman pelik mengenai seorang lelaki menyembunyikan samosa di celah punggungnya.

Menurut Birmingham Live, laporan Polis West Midlands mendedahkan mereka menemui pastri goreng itu cuba di seludup masuk ke penjara oleh seorang tahanan lelaki.


Inspektor Manj Ahir berkata, lelaki itu bertindak sedemikian kerana kemungkinan menyangka tidak cukup makanan semasa dalam tahanan.

Gambar Hiasan

"Kami melalui beberapa kejadian pelik.

"Satu daripadanya yang saya ingat, seorang lelaki ditemui cuba menyembunyikan samosa antara punggungnya.

"Tahanan itu mahu bawa masuk snek itu kerana dia tidak sangka makanan terlalu banyak.


"Mesti dia tidak baca ulasan positif kami di Tripadvisor," katanya sambil berseloroh seperti dilaporkan portal New York Post.

Katanya, kejadian lain membabitkan seorang lelaki berusia 40-an yang kembali semula ke penjara, selepas dibebaskan, dengan menghadiahkan sekotak coklat sebagai penghargaan kepada kakitangan.

Lelaki itu yang didakwa atas kes serangan, menghidap diabetes tahap dua, membuatkan pegawai penjara ke rumahnya untuk mengambil ubatnya.

"(Selepas dibebaskan) Dia kembali ke penjara dengan coklat untuk mengucapkan terima kasih atas penjagaan yang dia terima dari kakitangan.

"Itu adalah sesuatu yang indah," katanya.

Laporan itu menyebut, insiden luar biasa itu antara lebih 45,000 tahanan dikendalikan Polis West Midlands sepanjang tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freakazoid 18-1-2021 03:05 PM
tu dia, punggung dia jadi poket doraemon
Quote helicornia 18-1-2021 03:13 PM
mesti yg kena tahan tu leluhur india, paki
sbb restoran depa mesti ada samosa
Quote Daftpunk_shine 18-1-2021 03:51 PM
Wow..rendang samosa...
Quote HuoJingJue 18-1-2021 03:59 PM
takpe..nak makan tepuk2 la kasi bersih
Quote kasibiman 18-1-2021 04:14 PM
Daftpunk_shine replied at 18-1-2021 03:51 PM
Wow..rendang samosa...

Euwwww.... Yekkkkk
Quote kucingitam 18-1-2021 04:21 PM
dia makan samosa ada perasa tambahan ke caner?
Quote Artemesiaa 18-1-2021 04:21 PM
Euwww sanggup tu
Quote cepheid 18-1-2021 11:11 PM
Inspektor tu pun sama bangsa. Mesti terbau samosa
Quote rookiecake 18-1-2021 11:28 PM
Hey you’ve gotta do what you’ve gotta do to survive
Quote dudaberhias 18-1-2021 11:44 PM
nak2 samosa tu leluhur punya makanan... mesti samosa tu bila di keluarkan ada helaian2 rambut kerinting dan tebal gittew siap pakej rambut tu ada kesan2 calit peanut butter...
Quote sharlenetexas 18-1-2021 11:47 PM
Sori ot. Zainol mcwilson dulu dia jadi polis kat uk ke?
Quote gideoncross 19-1-2021 01:45 AM
That taste like shit.
Quote ahi_mason313 9-3-2021 01:27 PM
samosa sedap kot...
Quote sehirkedi 9-3-2021 05:30 PM
Dalam samosa tu ada pape ke dia nak seludup ke penjara..
Takkan sorok samosa di 'situ' semata takut tak cukup makan
Quote noor2 9-3-2021 05:31 PM
Simpati...mesti kelaparan selalu ...
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:34 AM
geli lah siaaaakkk
Quote Submitted 19-3-2021 01:39 AM
Apa ler rasa samosa tu kan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.174766 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top