Lain manusia lain ragamnya. Begitu juga kisahnya dengan lelaki ini yang cukup obses dengan hari kiamat.
Shane Anthony Horne, 35, dari Gold Coast, Australia, mengaku bersalah atas 40 kesalahan jenayah termasuk mencuri yang mana ia diangap sebagai persediaan menghadapi hari kiamat. Salah satu kejadian pada 5 April tahun lalu, dia turut mencuri alat permainan seks dan pakaian dalam wanita. Menerusi perbicaran pada Jumaat lalu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Dalam persediaan kononnya untuk menghadapi kiamat, dia sebelum ini turut mencuri kereta. -CARI
Sumber: mStar Online/ Daily Star
|
ADVERTISEMENT