CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pinjam Honda Member, Gadis Layan Elok Jer. Datang Naik Myvi Sendiri, Terus Tak Nak Jumpa

18-1-2021 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9374| Komen: 71



Nampaknya masih ada manusia pada zaman serba moden ini yang masih cenderung menilai status orang lain berdasarkan jenis kereta yang mereka pandu dan terus membuat keputusan berdasarkan perkara itu.

Seorang lelaki menulis hantaran di Facebook bahawa dia ditolak oleh seorang gadis yang ingin didekatinya hanya kerana dia memandu Perodua Myvi.

Zul (bukan nama sebenar) berkata, dia dulu seorang lelaki dengan keinginan yang sangat kecil terhadap perkara-perkara material dan tidak minat mengejar jenama mewah atau terkenal.

Menurutnya, meskipun mampu selepas bekerja selama beberapa tahun namun tidak pernah terfikir untuk membeli kereta baru. Tambahnya, sesebuah kereta menyusut nilainya, lantas ia tidak akan menambah nilai pada kewangannya.


Daripada membelanjakan wang untuk kereta, Zul berkata dia hanya menggunakan Myvi terpakai berusia 15 tahun untuk melakukan perjalanan, malah menunggang motosikal ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumahnya.

Namun, sepanjang pengalaman yang dilaluinya dalam dua tahun terakhir, Zul merasakan falsafah hidupnya telah tercabar.

Dia tertanya-tanya adakah dia harus mendapatkan kereta yang lebih baik walaupun dia secara peribadi merasakan dia tidak memerlukannya.

” Saya mula ‘mengejar’ seorang gadis beberapa bulan yang lalu. Pada masa itu, saya mula berfikir bahawa perkara material itu penting dan perlu memberi perhatian terhadap penampilan saya.

” Saya bawa kereta Honda City untuk tiga temujanji pertama, tetapi kereta itu saya pinjam jer.

Lepas bawak Myvi, gadis itu terus taknak jumpa

” Tapi sampai bila saya nak menipu, jadi pada temujanji keempat, saya memandu Myvi saya sendiri untuk menjemputnya.

” Pada awalnya dia macam ok, kami bersembang macam biasa dan dia nampak suka jer. Tetapi lepas pada tu, tak kira macam mana saya ajak dia keluar, dia langsung taknak jumpa saya dah,” luah Zul.

Tambah Zul lagi, bulan ini dah tiga atau empat kali dia ajak jumpa tapi asyik kena tolak, gadis itu beri pelbagai alasan seperti sibuk dengan kerja, b4haya nak keluar semasa PKP dan pelbagai alasan lagi.

” Saya tak faham kenapa macam ni sekali. Kali terakhir kami keluar semuanya baik-baik jer. Saya tak nampak pun apa-apa yang ganjil berlaku.

” Adakah kerana saya tidak cukup baik atau penampilan saya teruk sangat naik Myvi? ” kata Zul.

Zul kemudian berkata dia sangat kecewa kerana sebelum ini, bekas kekasihnya juga memilih untuk berkahwin dengan orang yang lebih kaya.

Namun dia tidak menyalahkan siapa pun kerana faham setiap orang ada hak untuk bersama dengan siapa dia suka dan secara peribadi dia bersetuju bahawa wang itu memang penting.

Meskipun percaya dia tidak perlu menukar dirinya menjadi orang lain, namun berdasarkan pengalaman lalu, Zul berkata dia perlahan-lahan menganggap perkara material itu juga penting.

Walaupun hatinya masih tidak bersetuju, dia mengatakan itu adalah satu-satunya cara bagi membuatkan orang lain melihat bahawa dia memiliki “kestabilan kewangan”.

” Saya akan membeli Honda City atau Honda HR-V tahun depan,” akhiri Zul.



Sumber : worldofbuzz

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 18-1-2021 03:49 PM
Myvi..the deadliest car..{:good
Quote exclusive_vvip 18-1-2021 03:52 PM
samada jantan ni buat citer hasanah, ataupun kalu betol, tetaplah dia salah sbb awal2 dah menipu..ntah2 bukan pasal myvi, tapi budak pompuan tu x suka lelaki tu nak try duga2 sikap dia camne..
Quote Skuau 18-1-2021 04:00 PM
rileks bro......ko 'pandu' kapal terbang pon...pyh gak time ni...bior jer....'life goes on'.....
Quote pakwetizzaqyah 18-1-2021 04:11 PM
bunga bkn sekuntum
hahahahhahaha
Quote bakingsoda 18-1-2021 04:14 PM
bodo punya jantan, perlu ke beli honda semata2 nak tunjuk stabil wtfishhh, mcm nak balas dendam je kat betina yg pandang minimum drive kete H tu
Quote Normabaru 18-1-2021 04:17 PM
Sbb ko cari bimbo..jadi dpt la lagu tu.  Hehe
Quote kucingitam 18-1-2021 04:19 PM
kau pun satu....sanggup pinjam kereta member nak ngorat awek..hadap la..
play victim lak.. pompuan tu punya rasa tertipu takmo cerita?
Quote nanies 18-1-2021 04:21 PM
alah dia gini je. ko jgn salahkan pompuan je. cer kita terbalikkan situasi. bila pompuan nk g dating tuk 1-3 kali yg pertama, mekap beriya iya pakai MUA. pastu kali ke 4 dia mekap sendiri, which is hasilnya tak wow mcm MUA. da tu, lelaki tu setia lagi? nk dating tak? kalo nak, then bagus. same goes mcm pompuan, tak semua pompuan memilih nk lelaki poket tebal. tp ber agak la,  kalo pompuan tu sendiri dah ada life yg bagus, tp kawen ngan lelaki yg tak sama level, hurm.. camne eh nk ckp. gini, ko dah senang ms single, tp lepas kawen, ko pulak idup mcm kais pagi makan pagi.. buat apa nk cr pasal..
Quote Budakmomok 18-1-2021 04:25 PM
Lastnye ko beli Honda gak. Apapuntakboleh
Quote ladybugz 18-1-2021 04:28 PM
Edited by ladybugz at 18-1-2021 04:29 PM

sbnrnya perempuan tu belum cukup matang. percayalah, x semua wanita mcm tu. ramai yg masih sanggup bersusah senang terutamanya perempuan melayu, tp last2 bile dh senang, suami nya pula yg curang n pilih yg lain. perempuan yg cukup matang, mahukan lelaki yg benar2 sayangkan dia, setia hingga ke akhirnya, ikhlas menerima buruk n baiknya, sanggup berusaha kuat utk mencari nafkah/menambah baik kehidupan dan yg paling penting beriman n berilmu n bertaqwa. itu pun dah cukup. rasanya dlm byk2 prmpn, perempuan melayu kat malaysia ni antara yg paling bertoleransi dan paling memahami.
Quote eplasbpafree 18-1-2021 04:35 PM
ke mmg tak hensem?
dah lah tak hensem, menipu naik H..
kalau nak tahu partner tu terima seadanya ke tida, bawak jelah myvi tu



Quote biskutraya 18-1-2021 04:35 PM
At the first place kenapa ko pegi pinjam kete member.. kalau ko bawak myvi awal2 maybe dapat detect awal perempuan tu suka ko sebab ko sebab kete yang ko ade.. bila dh kali 4-5 bye bye jela even ko bawak kete kuda pun.. kuda betul tau..
Quote MeghanK 18-1-2021 04:37 PM
cringe nya citer gini..2021 dah pon ada lagi duk honda myvi segala
Quote printercomel 18-1-2021 04:37 PM
Mcm hasanah je.

Quote sally03tomato 18-1-2021 05:01 PM
Bagus akhir nya dia rasa meterial pun sama penting.. aku pun berhati2 cari pasangan hidup..
Quote GigaMom 18-1-2021 05:17 PM
Kalau ai mak anak gadis
Ai x pandang kereta
Ai akan pandang kerjanya dulu
Quote bloodyamuk 18-1-2021 05:21 PM
sebab ko tak hencem dik...kalo hencem bawak beskal dahon pun awek melekat dik
Quote salimrock 18-1-2021 05:28 PM

kasian ko zul,


aku dulu modal kancil 850 je bro,


yg penting power window kiri kanan hidup, wa open power windows, dik nak pergi bandar ke? nak tumpang ke?



Quote Mopiko 18-1-2021 05:34 PM
sebab ko mengencing kot bukan sebab kereta

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067500 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top