Sejak semalam, tular beberapa foto di media sosial memaparkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang diangkat dan diletakkan di atas peti surat sebuah apartment di Pulau Pinang dipercayai kerana diletakkan di petak kuning sehingga mengganggu laluan keluar masuk ke apartment tersebut. Foto tersebut difahamkan mula tersebar sebaik ianya diletakkan di atas peti surat berkenaan pada hari Sabtu malam Ahad menyebabkan netizen meninggalkan komen sinis kepada pemiliknya. Namun menerusi laporan Kosmo, seorang saksi yang juga penduduk flat berhampiran berkata kejadian berlku bukan disebabkan sikap pemilik motosikal berkenaan. Sebaliknya ia berlaku selepas seorang pemilik motosikal lain telah bertindak menolak motor jenis yamaha LC itu ke petak kuning sewaktu mahu mengambil motosikalnya. Dia bagaimanapun tidak mengalih motor berkenaan kembali ke tempat asal. “Berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati di dalam petak kuning. “Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama. “Tindakan sedemikian sememangnya boleh mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada portal Kosmo! Malah setakat malam semalam motorsikal berkenaan masih lagi berada di atas peti surat berkenaan walaupun sudah 24 jam ia masih berlaku. SOURCE: KOSMO |
ADVERTISEMENT