CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangka Hayat Hero Tak Kekal Lama, Saharul Ridzwan Cari Cara Lain Jana Pendapatan

18-1-2021 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3779| Komen: 14

 Pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada seluruh dunia. Tidak hanya dari segi ekonomi, mungkin juga ketahanan mental. Ia diakui pelakon popular, Saharul Ridzwan, 31, yang memerlukan perancangan kedua bagi menampung kehidupan bersama keluarga.


Biarpun masih menjadi 'hero' pilihan apabila boleh dikatakan setiap drama lakonannya 'trending' dan menjadi bualan hangat, namun Saharul menyimpan impian bergelar pengarah dan penerbit. Sungguhpun begitu, ia agak sukar dilaksanakan dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Ekoran itu, pelakon yang melonjak nama menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Korban Kasih dan Cinta Sekali Lagi itu terpaksa mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan.

Saharul berkata, 2021 adalah tahun untuknya bergerak aktif dalam bidang perniagaan selepas melihat beberapa rakan seperjuangan dalam dunia seni berjaya sebagai usahawan.

Foto: IG


"Tawaran lakonan masih ada ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac, tahun lalu. Namun, saya terfikir, andai kata saya ditimpa musibah atau kehilangan aset yang diperlukan sebagai seorang artis, apa perancangan saya?

"Saya memiliki isteri dan dua cahaya mata. Mungkin akan datang menambah ahli keluarga. Saya mungkin tak fikir apa akan terjadi dalam tempoh satu atau dua tahun, tetapi bagaimana 10 tahun akan datang? Apabila ada anak, perbelanjaan makin lama makin bertambah.

"Itu sebabnya ramai yang mengatakan selepas usia 31 tahun, kita akan bekerja untuk anak-anak kita. Jadi, berapa yang boleh simpan sebagai seorang artis? Mungkin sedikit kesenangan diberikan, tetapi ia bukanlah jaminan untuk masa depan saya dan keluarga," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang diangkat sebagai Aktor Hero Pilihan, Drama Festival Kuala Lumpur 2016 menerusi drama Kau Aku Kita itu berkata, dia terfikir untuk mengusahakan perniagaan apabila bertemu dengan Shuib Sepahtu, Achey dan Sharnaaz Ahmad yang memiliki empayar perniagaan sendiri.



"Saya nampak ramai artis sudah mula menceburi bidang perniagaan. Jadi, 2021 adalah permulaan yang baik untuk saya serius dalam bidang ini. Insya-Allah, saya akan melancarkan produk baharu bersama isteri, bulan depan," katanya.

Suami kepada Qaabila Deena Emir Mohammaed Akif Emir itu bersyukur, isterinya menunjukkan minat untuk meluaskan langkah dalam dunia perniagaan, memandangkan mempunyai niat mahu untuk membantu keluarga.

Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata, dia tak mahu selamanya bergantung nasib pada dunia lakonan kerana ramai sedia tahu 'jangka hayat' seseorang pelakon tidak kekal lama.

"Saya percaya apabila usia masuk 36 atau 37 tahun, syarikat produksi pun tak mahu panggil saya menjayakan watak hero. Mungkin saya akan dapat watak lebih berusia. Kita tidak boleh disamakan dengan artis luar. Mereka berlakon satu filem boleh bertahan bertahun-tahun lamanya, tetapi artis Malaysia lain.

"Ambil contoh seperti pelakon senior, Datuk Rosyam Nor, beliau tidak hanya berlakon, tetapi mempunyai syarikat produksi sendiri. Di sebalik itu, beliau juga mempunyai banyak bisnes lain.

"Jadi, saya rasa sudah cukuplah 31 tahun berseronok, sekarang sudah tiba masa saya mencari duit dan membuat tabungan," katanya.


Bagaimanapun, bekas penuntut Kolej TAFE Seremban dalam jurusan Penyelenggaraan Pesawat itu berkata, pendapatannya sebagai pelakon tidak terjejas sepanjang pandemik COVID-19, melainkan simpanan mula menyusut.

"Saya bertahan dengan menggunakan duit simpanan dan iklan komersial ketika pandemik COVID-19. Apabila melihat pendapatan saya pada 2020, dua kali ganda lagi banyak daripada tahun sebelumnya.

"Pelik juga bagaimana pendapatan meningkat walaupun ketika pandemik COVID-19. Saya pun tak tahu dari mana rezeki datang. Mungkin rezeki anak dan kesenangan yang Allah berikan selepas saya menyelesaikan semua hutang," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk makanan, Palut's Superhero di Puncak Alam, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Saharul turut dilantik sebagai duta bagi produk Banana Salai Crispy bersama Achey dan Zoey Rahman.



Mengulas mengenai kerjasama itu, Saharul berkata, niatnya untuk belajar lebih mendalam mengenai ilmu perniagaan menjadi faktor utama menerima tawaran Ketua Pegawai Eksekutif, Palut's Food Sdn Bhd, Ridzuan Ansar.

"Antara faktor kenapa saya menyertai Palut's Superhero kerana melihat mereka melonjak naik ketika fasa PKP. Melihat kejayaan anak Melayu, ia turut menjadi inspirasi.

"Jadi, saya menyertai mereka untuk mencari ilmu. Mungkin tak berguna sekarang, mana tahu pada akan datang. Ilmu ini boleh digunakan untuk perniagaan saya sendiri.


"Saya mahu empayar membina perniagaan untuk keluarga. Apabila saya tiada, isteri dan anak-anak saya boleh terus mengusahakannya.

"Mengambil kata Shuib, cuba sahaja apa jenis perniagaan. Seperti Shuib, dia juga banyak mencuba. Sampai satu tahap, kita akan tahu ia menjadi atau tidak. Kalau tak menjadi, anggap sebagai satu pengajaran. Jika menjadi pula, ia akan bertukar kepada kekayaan," katanya.  -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 18-1-2021 03:54 PM
stat sok..hang jadi la 'hang kebun'.....tanam2 mende yg boleh mkn....
Quote Ritacomels 18-1-2021 03:55 PM
Laku betol dia jd hero walaupun tone suara time marah, ngamuk, romantik tu sepesen je
Quote bakingsoda 18-1-2021 04:02 PM
dah kenapa semua petik nama soeb sbg inspirasi
Quote exclusive_vvip 18-1-2021 04:10 PM
Sedap x pisang salai Palut tu? member iols ada jual 12hinggit je, tapi packing dlm plastik putih je..kuantiti lagi banyak dari Palut ni rasanya..tapi sedapppp
Quote Normabaru 18-1-2021 04:49 PM
Nmpk kepam plak si SR ni. Huhu
Quote rosannazmia 18-1-2021 05:03 PM
Ni lelaki yg pas kawen..hmmm...xpelah...compare to fattah amin lepas kawen makin mendebarkan
Quote Kurex 18-1-2021 05:06 PM
Buatlah onlyfans utk tampung kehidupan mendatang
Quote hyie 18-1-2021 05:57 PM
makin sedap heshe yach...namun kadang2 turn off bila tengok lakonan heshe
Quote giyomi 18-1-2021 07:04 PM
pelakon popular...hmmm...ok next pls
Quote Geeayden 18-1-2021 07:07 PM
rosannazmia replied at 18-1-2021 05:03 PM
Ni lelaki yg pas kawen..hmmm...xpelah...compare to fattah amin lepas kawen makin mendeba ...

Fattah, isterinya pandai jaga..
Quote Jemahjemah 18-1-2021 07:24 PM
Xminat dia lepas kawen. Dunno why. Wife dia nampak garang {:run
Quote Kiyah 18-1-2021 08:13 PM
exclusive_vvip replied at 18-1-2021 04:10 PM
Sedap x pisang salai Palut tu? member iols ada jual 12hinggit je, tapi packing dlm plastik putih je. ...

Sorry to say tak sedap you..rasa macam tengik..baik beli yg dlm plastik tu je,jauh lebih sedap,rasa fresh n murah
Quote gigahertz 18-1-2021 09:13 PM
rosannazmia: Ni lelaki yg pas kawen..hmmm...xpelah...compare to fattah amin lepas kawen makin mendebarkan

Lelaki yang berjaya dlm hidup dua je
a) penunggang agama
b) ahli politik.
Lain2 semua ke laut. Pandai2 la.
Kalau perempuan takde dua bende tu
Quote LadyCarefree 1-4-2021 03:55 PM
Dah 31 baru nak ambilkisah finance. Tp ok lah dari terus tak ada kesedaran.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.103576 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top