CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Firma perhotelan Singapura beli Royale Chulan Bukit Bintang, RM177.3 juta

18-1-2021 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1884| Komen: 4




KUALA LUMPUR: Hotel Royal Ltd membeli Royale Chulan Bukit Bintang Hotel Kuala Lumpur pada harga RM177.3 juta.

Nilai pembelian yang dibuat firma perhotelan yang disenaraikan di Singapura itu adalah 10 peratus lebih rendah berbanding harga yang terkandung dalam perjanjian jual beli (SPA) asal iaitu RM197 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Saham Singapura, Pengerusi Hotel Royal, Pang Eng Fong, berkata harga urus niaga akhir dimuktamadkan berdasarkan kerelaan pembeli dan penjual selepas melalui proses rundingan yang panjang.

"Ia (harga) yang dimuktamadkan itu juga telah mengambil kira situasi pasaran dan nilai pasaran hotel," katanya.

Dimiliki oleh Boustead Group, Royale Chulan Bukit Bintang Hotel terletak di zon hiburan di Bukit Bintang.

Hotel berkenaan berdepan persaingan hebat antara jenama hotel lain di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, termasuk platform atas talian seperti Airbnb.

Cadangan penjualan Royale Chulan Bukit Bintang Hotel bermula pada 2019 iaitu sebahagian daripada rancangan keseluruhan Boustead Group untuk kembali mencatat untung dengan menjual aset bukan strategik.

Eng Fong berkata, Hotel Royal perlu membuat bayaran iaitu RM141.8 juta (selepas jumlah pembayaran RM19.7 juta ditolak dari SPA Asal) dalam tempoh sebulan tanpa syarat dari 29 Disember 2020 atau tarikh akhir iaitu 29 Januari ini.

"Sejumlah RM15.76 juta lagi akan dibayar dalam tempoh sebulan dari tempoh yang dinyatakan," katanya.



Sumber : BeritaHarian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 18-1-2021 04:37 PM
ini i kisah ape, i kisah TRX tu adakah Thaji dapat ambil beli semulaaaaaa
Quote ekod79 18-1-2021 09:17 PM
Gambar hotel atas tu salah, hotel yg nk jual tu kt bkt bintang
Quote Perawankota 19-1-2021 12:31 AM
Murahnya.. Hilton KL dulu 500juta wlupon jual kt adik beradik sendiri
Quote pyropura 19-1-2021 02:36 AM
Gomen mulayu isele PN-UMNO ni suka nau gadai aset GLC bumiputra negara kat Cina. Takmo kalah dgn.DAP letteww

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.176740 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top