Menurut Haqiem, dia amat bersyukur kerana mendapat khabar gembira ini kerana apa yang paling merisaukan dirinya apabila memikirkan orang tua yang tinggal bersamanya adalah golongan berisiko tinggi. "Saya bersyukur keputusan ujian calitan dibuat dua hari lalu menunjukkan saya bebas COVID-19. Saya akui, tidak senang duduk apabila memikirkan kesan pada kemudian hari sepanjang dua hari ini. "Saya tinggal bersama orang tua dan ada kala, anak saudara yang masih kecil juga berada di rumah. Mereka adalah golongan yang berisiko tinggi.
Walaupun disahkan bebas dari pandemik COVID-19, penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) itu tetap mengambil langkah berjaga-jaga, katanya ditemubual BHOnline. "Saya tetap menjalani kuarantin di rumah dan hanya berada dalam bilik sahaja untuk tempoh tiga hari ini. Saya perlu menjaga kebersihan dan keselamatan demi orang sekeliling saya. "Kerja seni akan diteruskan seperti biasa, tetapi hanya dalam media sosial sahaja," cerita penyanyi berusia 23 tahun itu.
|
ashilalat replied at 18-1-2021 04:58 PM
So setiap retis yg negatif mohon bukak benang
ADVERTISEMENT