Sebuah ciapan daripada akaun Twitter @kristentootie atau Kristen Gray menjadi tular berikutan kenyataannya mengajak orang ramai berpindah ke Bali saat pandemik virus Corona. Tagar #Bali menjadi trending pada hujung minggu ini selepas akaun Gray yang mengaku sebagai wanita berasal Amerika Syarikat keturunan Afrika dan telah tinggal di Bali selama satu tahun terakhir.
Dalam ciapannya, Gray yang merupakan seorang penyuka sesama jenis berkongsi pengalamannya pergi ke Bali setelah kehilangan pekerjaan pada tahun 2019 dengan kekasihnya. Pada mulanya, mereka berusaha tinggal selama enam bulan di Bali dan menghasilkan wang sebagai pereka grafik. Tetapi kemudian, wabak virus Corona membuat mereka terkandas di Bali. Mereka mengatakan bahawa tinggal di Bali adalah murah. Salah satu petunjuknya adalah dengan membandingkan biaya menyewa rumah di Pulau Dewa, yang hanya ASD400 (sekitar RM1,700). Sebenarnya, semasa tinggal di LA, mereka harus membayar ASD1,300 atau sekitar RM 5,500 untuk menyewa apartmen studio. Gray juga berasa senang tinggal di Bali kerana dia dapat menjalani “gaya hidup yang lebih baik” dan menggelar Bali sebagai “penawar yang sempurna” untuk kesihatan fizikal dan emosinya. Dia juga menjelaskan beberapa kelebihan hidup di Bali, termasuk keselamatan, kos sara hidup yang rendah, gaya hidup mewah, mesra kepada golongan LGBT, dan masyarakat kulit hitam. Dalam ciapannya baru-baru ini, Gray mempromosikan ebook Our Bali Life is Yours yang untuk mendorong orang lain mencapai impian sama yang dijual dengan harga ASD30. Namun, masalah timbul apabila Gray mendedahkan bahawa dia mempunyai ejen visa khas dan mengakui bahawa dia mempunyai muslihat bagaimana memasuki Indonesia semasa COVID-19 walaupun pada masa ini, Indonesia menutup pintu kepada warganegara asing. Dilaporkan oleh The Independent, ciapan Gray itu telah membuat netizen marah lebih-lebih lagi dia yang merupakan warga asing secara terbuka mengajak orang asing lain untuk datang dan menetap di Bali dengan melanggar undang-undang. Sumber: Murai |
Tinot7 replied at 19-1-2021 08:46 AM
iols tak pernah pi bali... best ke?
slavehunter replied at 19-1-2021 11:48 AM
Bagi pendapat i, best lagi Thailand dari Bali. Makanan halal lebih more choices dan sedap di Thail ...
Tinot7 replied at 19-1-2021 03:26 PM
iols suka thailand, tapi iols suka lagi bandung, bogor, jakarta sbb makan mcm kat sini. iols dgr b ...
Tinot7 replied at 19-1-2021 03:26 PM
iols suka thailand, tapi iols suka lagi bandung, bogor, jakarta sbb makan mcm kat sini. iols dgr b ...
slavehunter replied at 19-1-2021 04:11 PM
Yup. Babi merata. Macam last Feb duduk di Nusa Dua lansung takde choice. Nusa penida ni kalau nak ...
dudaberhias replied at 19-1-2021 04:28 PM
Memang merata2 kaka, di angkut depan iols pun pernah. Tapi iolsss nyahkan ajerr sambil sambung bal ...
ADVERTISEMENT