CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Calon SPM Ditahan Terbabit Sindiket Penipuan Mangsa Di India

19-1-2021 06:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1744| Komen: 3

Dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara 20 yang ditahan kerana terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan ‘Like and Share’ yang menyasarkan mangsa di India.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, dua pelajar perempuan itu ditahan bersama sembilan lagi rakyat tempatan serta sembilan warga China dalam satu serbuan di sebuah rumah di Ayer Tawar, dekat sini kira-kira 9 malam pada Jumaat lalu.


Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua warga China yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita itu berperanan sebagai penyelia utama sindiket, manakala 11 rakyat tempatan direkrut untuk menghantar pesanan kepada mangsa di India menerusi Facebook.


Gambar hiasan

Menurut Nor Omar, siasatan mendapati semua rekrut rakyat tempatan sindiket itu perlu bekerja setiap hari dari 11.30 pagi hingga 11.30 malam dan menerima gaji antara RM2,000 dan RM7,000 sebulan.


“Modus operasi sindiket adalah menjanjikan bayaran sebanyak 22 rupee (RM1.22) untuk setiap satu 'Like and Share' sebelum mangsa kemudian diminta membayar sejumlah wang bagi mendapatkan lebih keuntungan, namun sebaliknya mengalami kerugian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung pada Isnin.

Nor Omar berkata, siasatan mendapati sindiket penipuan itu bergiat aktif sejak dua bulan lalu dan menjadikan rumah yang diserbu sebagai pusat operasi mereka.

Katanya dalam serbuan itu, polis turut merampas lapan komputer dan 57 telefon bimbit dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, semua suspek berusia 18 hingga 45 tahun tersebut direman enam hari hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan polis masih membuat siasatan dokumen perjalanan ke atas semua warga China terbabit,” katanya. 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 19-1-2021 06:56 AM
Bagus budak2 nak SPM ni, memanfaatkan bantuan tenet sepenuhnya disamping online class
Quote ffbeauties 19-1-2021 07:12 AM
Cepat pulak ye kalau scam rakyat orang. Yang scam rakyat kita apa cerita
Quote AyaqMeloSuam 19-1-2021 12:29 PM
Hmmm.. no komen.. scammer kita siap lompat berpagar lg..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.093861 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top